Apakah garis panduan untuk pemantauan paras gula dalam darah?

fb

Ogos 28th, 2023

Apakah garis panduan untuk pemantauan paras gula dalam darah?

1. Apakah alat yang diperlukan untuk pemantauan paras gula dalam darah?

Meter glukosa darah
Meter glukosa darah atau glukometer adalah sejenis peranti elektronik mudah alih khas untuk tujuan pemantauan paras gula dalam darah. Anda hanya perlu letakkan setitik darah dari jari untuk mendapatkan bacaan. Alat ini perlulah diselenggara mengikut saranan pengilang dan ditentu ukur secara berkala. Cara penggunaannya mungkin berbeza mengikut jenama. Oleh sebab itu, semak dahulu panduan pengguna atau dapatkan nasihat doktor/jururawat untuk memastikan anda menggunakan dan menyimpan alatan tersebut dengan betul.

Jalur ujian (test strip) glukosa darah
Setiap kali menggunakan glukometer, pastikan anda guna jalur ujian yang direka khas untuk alat tersebut. Setiap jalur hanya boleh digunakan sekali sahaja. Oleh sebab itu, anda perlu menggunakan jalur ujian yang baharu setiap kali anda ingin memeriksa kadar gula dalam darah. Jangan sesekali gunakan jalur ujian yang telah luput. Selain itu, simpan jalur ujian seperti yang diarahkan. Elakkan menyimpannya di dalam peti sejuk.

Ujian tusukan jari dan lanset
Lanset ialah jarum halus dan tajam yang digunakan untuk menusuk kulit pada kawasan hujung jari. Anda akan menggunakan ‘finger pricker’ dan lanset untuk mendapatkan titisan darah yang diperlukan bagi melakukan pemeriksaan.

2. Bilakah dan betapa kerap saya perlu memeriksa tahap gula dalam darah saya?

Anda perlu memeriksa kadar gula dalam darah sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Namun, jika boleh, cuba lakukan ujian sama sebanyak 6 kali sehari sekiranya anda mempunyai jalur ujian yang mencukupi. Simpan rekod bacaan setiap kali anda menggunakan glukometer.

Waktu terbaik untuk melakukan pemantauan paras gula dalam darah ialah:
1. Apabila anda bangun pagi, sebelum sarapan pagi.

2. Sebelum makan tengah hari.

3. Pada waktu petang, sebelum makan malam.

4. Sebelum tidur.

Sekiranya anda mempunyai jalur ujian lebih, lakukan pemeriksaan tambahan seperti berikut:
5. 2 jam setengah selepas sarapan.
6. 2 jam setengah sebelum makan tengah hari.

Anda boleh buat lebih banyak ujian sekiranya melakukan senaman yang berat (sebelum, semasa dan beberapa jam selepas), kadangkala pada waktu malam untuk mengesan tahap glukosa darah tinggi atau rendah, atau ketika anda sakit untuk mengelakkan hiperglisemia. Ujian ini juga penting untuk mengesahkan hipoglisemia (tahap glukosa darah rendah) bagi memastikan anda dapat pulih seperti sediakala.

Tahap glukosa darah yang tidak terkawal boleh menyebabkan masalah jangka pendek seperti hipoglisemia. Namun, ia juga boleh menyebabkan masalah yang boleh mengancam nyawa seperti ketoasidosis diabetik (DKA) dan koma diabetes.

3. Kepentingan pemantauan paras gula dalam darah

Gula dalam darah perlu dipantau dengan kerap supaya pesakit dapat menguruskan diabetes dengan baik. Anda boleh lakukan ujian 6 kali sehari sekiranya anda mempunyai jalur ujian yang mencukupi. Bacaan gula dalam darah perlu diperiksa oleh doktor supaya corak turun naik kadar gula dalam darah dapat dikesan. Informasi ini dapat membantu pakar menyesuaikan pelan rawatan kencing manis yang terbaik untuk anda.

Bukan semua orang mempunyai lebihan jalur ujian. Sekiranya anda tidak boleh lakukan ujian 6 kali sehari, cuba ambil bacaan sekurang-kurangnya 4 kali sehari sebelum makan dan sebelum tidur. Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah untuk menggunakan glukometer.

4. Cara terbaik untuk melakukan pemantauan paras gula dalam darah?

1. Cuci dan keringkan tangan.
2. Masukkan jalur ujian ke dalam meter glukosa darah.
3. Cucuk jari anda dengan lanset.
4. Titiskan darah yang mencukupi untuk memulakan ujian.
5. Dalam beberapa saat, meter glukosa darah akan mengeluarkan bacaan.
6. Catatkan keputusan dalam diari gula darah atau buku log.
7. Buang jalur ujian dan jarum yang digunakan dengan betul. Simpan meter glukosa darah anda.

Tips: Pilih tempat yang betul – Jangan cucuk jari yang sama setiap kali mengambil bacaan. Cucuk jarum pada kawasan tepi jari supaya ia tidak menyakitkan.

5. Bagaimana cara membaca keputusan glukometer?

Tahap gula dalam darah yang baik adalah antara 4 – 10 mmol\/l (72 – 180 mg\/dL).

– Selepas bangun tidur dan sebelum makan, sasarkan kadar gula dalam darah antara 4 – 7 mmol/L (72 – 126mg/dL).

– Selepas makan dan sebelum tidur, sasarkan kadar gula dalam darah antara 5 – 10 mmol/L (90 – 180 mg/dL).

Sasaran kadar gula dalam darah berbeza mengikut individu. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor tentang tahap yang paling sesuai untuk anda.

Jika bacaan di bawah 4.0 mmol/L (72 mg/dL), ia menandakan anda berada dalam kondisi ‘HYPO’ (tahap gula dalam darah rendah). Rujuk helaian fakta hipoglisemia untuk butiran.

Kadangkala, anda mungkin mengalami gejala hipoglisemia sekiranya bacaan kadar gula dalam darah lebih atau sekitar 4.0 mmol/L (72 mg/dL) – jika ya, anda perlu dirawat untuk kondisi ‘HYPO’.

Ambil perhatian:

– Sekiranya kadar gula dalam darah sebelum makan tinggi, dos insulin yang diambil sebelum ini mungkin terlalu rendah.

– Sekiranya kadar gula dalam darah sebelum makan selalu rendah, dos insulin yang diambil sebelumnya mungkin terlalu tinggi.

– Jika kadar gula dalam darah kadangkala tinggi dan kadangkala rendah, ada banyak sebab yang mungkin menjadi punca. Antaranya disebabkan dos insulin, makanan yang diambil dan senaman yang dilakukan.

Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda mempunyai persoalan lanjut mengenai pemantauan paras gula dalam darah.

6. Apakah itu HbA1c?

Setiap 3 bulan, doktor akan melakukan ujian HbA1c. Keputusan ujian ini akan memberikan gambaran purata kadar gula dalam darah anda dalam tempoh masa 2 hingga 3 bulan lalu. Tahap HbA1c menunjukkan kawalan kadar gula dalam darah yang lemah. Ia juga membuatkan risiko komplikasi diabetes menjadi semakin tinggi.

Dengan pemantauan kadar glukosa darah yang baik, doktor anda akan menyasarkan keputusan HbA1c di bawah 7%.

Sekiranya tahap HbA1c anda di atas 7.5%, anda perlu cuba merendahkan bacaan tersebut untuk mengelakkan sebarang komplikasi jangka masa panjang. Lakukan pemantauan paras gula dalam darah dengan lebih kerap untuk mengurangkan risiko.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

Baca lagi

Cara penggunaan insulin

Cara penggunaan insulin

Videos

Bagaimana untuk kita memeriksa tahap glukosa dalam darah?

Bagaimana untuk kita memeriksa tahap glukosa dalam darah?

Poster



Jawab Kuiz

Ambil kuiz mengenai pemantauan glukosa darah sekarang!

A4D