Mengapa saya perlu memantau tahap gula dalam darah?

fb

Ogos 28th, 2023

Mengapa saya perlu memantau tahap gula dalam darah?

1. Apakah itu gula darah?

Tahap gula dalam darah ialah jumlah gula yang terkandung dalam darah kita. Glukosa ialah sejenis gula yang berasal daripada makanan yang kita makan atau minum. Ia juga merupakan sumber tenaga utama untuk sel-sel badan kita. Glukosa dibawa ke setiap sel badan melalui aliran darah.

2. Apakah pemantauan gula darah (glukosa darah)?

Pemeriksaan kadar gula dalam darah sangat penting untuk memastikan kondisi yang dialami dapat diuruskan dengan baik. Selain itu, pesakit juga dapat mencegah sebarang komplikasi yang bakal berlaku. Tahap gula dalam darah boleh dilakukan di rumah atau di sekolah menggunakan meter glukosa darah. Mesin kecil ini dapat mengukur jumlah gula dalam setitik darah lalu memaparkan bacaannya pada skrin.

Pemeriksaan kadar gula dalam darah setiap hari adalah cara yang terbaik untuk memastikan pemakanan, pengambilan insulin dan kekerapan aktiviti harian kekal seimbang.

3. Mengapakah anda perlu menguji tahap gula dalam darah?

– Untuk memantau kesan dos insulin anda.

– Untuk mengetahui sama ada tahap gula darah anda terlalu tinggi atau rendah.

– Untuk mengetahui bagaimana makanan dan senaman mempengaruhi tahap glukosa anda.

– Memahami bahawa kadar gula dalam darah boleh berubah sekiranya anda jatuh sakit atau mengalami tekanan perasaan.

Tahap glukosa dalam darah yang tidak terkawal bukan sahaja boleh menyebabkan masalah jangka pendek seperti hipoglisemia (tahap glukosa darah rendah), ia juga boleh mendatangkan komplikasi yang mengancam nyawa seperti ketoasidosis diabetik juga dipanggil ‘DKA’ (satu kondisi yang berlaku apabila badan menghasilkan tahap asid darah yang tinggi yang dipanggil keton) dan koma diabetes.

Dalam jangka masa panjang, kencing manis yang tidak terkawal boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, buah pinggang, mengakibatkan kebutaan dan masalah saraf. Ini bermaksud, penghidap kencing manis lebih berisiko untuk mengalami sakit jantung, strok, masalah buah pinggang, kebutaan dan penyakit saraf.

Apabila anda sakit, ia mempengaruhi jumlah insulin yang diperlukan oleh badan anda. Mengetahui tahap gula dalam darah anda akan membantu anda dan doktor anda untuk memutuskan sama ada anda perlu menukar pelan rawatan kencing manis anda. Sebagai contoh, jika anda perlu menyuntik lebih atau kurang insulin.

Apabila anda semakin dewasa, penting untuk anda mula belajar menguruskan kencing manis anda sendiri dan mengikut cadangan doktor, bukan hanya bergantung kepada ibu bapa anda.

4. Tahap gula dalam darah: Perkara perlu diingat sewaktu melakukan pemantauan gula darah

Pemantauan gula darah merupakan proses yang mudah, kanak-kanak pun boleh melakukannya sendiri! Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda ingat sebelum memantau bacaan gula dalam darah, lebih-lebih lagi jika anda melakukannya sendirian di rumah. Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan:

– Dapatkan nasihat doktor untuk ketahui tahap ideal kadar gula dalam darah anda. Doktor dapat membantu menentukan tahap gula dalam darah asas dengan yang lebih tepat daripada hanya mengambilnya di rumah.

– Fahami alatan yang anda gunakan. Glukometer merupakan alat yang sangat mudah untuk digunakan. Walau bagaimanapun, pastikan anda biasakan diri dengan fungsi peranti yang digunakan. Luangkan sedikit masa untuk membaca manual, menonton video dalam talian, atau berbincang dengan doktor anda tentang cara menggunakan glukometer bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

– Rekod bacaan anda. Langkah ini penting supaya anda dapat memantau keberkesanan rawatan dan sekiranya anda mengambil jumlah insulin yang betul. Selain itu, doktor juga akan menggunakan informasi ini untuk melaraskan rawatan sekiranya perlu. Benar, ada beberapa jenis glukometer yang dapat menyimpan informasi ini dalam peranti. Namun, lebih baik jika anda boleh mencatatnya dalam buku atau telefon pintar supaya tidak terlepas bacaan.

– Pastikan anda ada jadual sendiri. Elakkan mengambil bacaan pada bila-bila masa yang anda inginkan. Anda boleh dapatkan bacaan yang lebih tepat sekiranya ujian glukosa diambil pada masa yang sama setiap hari. Bacaan yang tepat dapat membantu anda mengawal kondisi sedia ada dan mengelakkan sebarang komplikasi pada masa akan datang.

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

Baca lagi

Apakah insulin dan jenis-jenisnya?

Apakah insulin dan jenis-jenisnya?

Apakah garis panduan untuk pemantauan paras gula dalam darah?

Apakah garis panduan untuk pemantauan paras gula dalam darah?

Videos

Mengapa kita perlu memeriksa tahap glukosa dalam darah?

Mengapa kita perlu memeriksa tahap glukosa dalam darah?

Poster



Jawab Kuiz

Ambil kuiz mengenai pemantauan glukosa darah sekarang!

A4D