Pengurusan hiperglisemia

fb

Ogos 28th, 2023

Pengurusan hiperglisemia

1. Apakah itu hiperglisemia?

Tahap glukosa darah menandakan jumlah gula dalam darah. Apabila tahap gula meningkat dengan mendadak (lebih daripada 14mmol/L atau 250 mg/dL), kondisi ini dikenali sebagai hiperglisemia. Kadar gula dalam darah tinggi perlu dirawat secepat mungkin.

Jika ia tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membawa komplikasi yang boleh mencetuskan kecemasan, contohnya koma diabetik.

Gula dalam darah yang terlalu banyak boleh merosakkan saraf, salur darah dan organ penting. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan, luka yang tidak sembuh-sembuh dan amputasi kaki.

2. Apakah tanda hiperglisemia?

Tanda hiperglisemia dan gejala kadar gula dalam darah tinggi berbeza-beza bergantung kepada pesakit.

Ini adalah beberapa gejala yang menandakan anda mengalami kadar gula dalam darah tinggi:

  • Dahaga sepanjang masa
  • Banyak kencing terutama waktu malam
  • Penglihatan kabur
  • Sangat letih sepanjang masa
  • Mulut kering

Dalam kes yang serius, anda mungkin akan mengalami:

  • Loya
  • Sakit perut
  • Pernafasan tidak normal
  • Nafas yang berbau seperti alkohol

Kadangkala, kondisi ini boleh menjadi sangat serius sehingga menyebabkan pesakit pengsan atau tidak sedarkan diri. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, pergi ke hospital secepat mungkin.

3. Apakah yang boleh menyebabkan hiperglisemia?

Pengurusan diabetes jenis 1 memerlukan pemantauan dalam 3 perkara. Pesakit perlu memantau insulin, makanan yang diambil dan jumlah senaman atau aktiviti fizikal yang dilakukan setiap hari.

Ketiga-tiga faktor ini perlu dititikberatkan. Sekiranya mana-mana satu daripada faktor ini tidak seimbang, tahap gula dalam darah akan menjadi sukar untuk dikawal. Secara amnya, tahap gula dalam darah yang lebih tinggi daripada normal boleh berlaku disebabkan:

  • Anda tidak mengambil insulin atau tidak mengambilnya dalam jumlah yang betul.
  • Insulin telah tamat tempoh atau tidak disimpan dengan betul.
  • Tidak mengikut pelan makanan yang betul (seperti makan terlalu kerap/makan snek).
  • Terlalu banyak mengambil makanan berkarbohidrat/minuman manis.
  • Kurang senaman daripada biasa.
  • Mengalami jangkitan, penyakit atau haid.
  • Beremosi, seperti rasa terlalu seronok atau tertekan.
  • Kadangkala ia boleh berlaku seketika selepas senaman yang kuat (kesan stres).
  • Pengambilan ubat lain yang mempengaruhi cara ubat kencing manis anda berfungsi.

4. Memeriksa tahap gula dalam darah tinggi

Sebagai salah satu daripada pelan pengurusan diabetes, anda perlu memeriksa tahap glukosa darah beberapa kali sehari menggunakan glukometer. Ini dapat membantu anda kenal pasti bila anda mengalami kadar gula dalam darah tinggi. Kadangkala, ia tidak menunjukkan sebarang simptom. Pesakit yang tidak memeriksa kadar gula dalam darah dengan kerap mungkin mengalami kondisi ini tanpa sedar.

Jika anda mendapati anda kerap mengalami masalah tahap gula darah tinggi, doktor/jururawat mungkin akan mencadangkan anda menukar dos insulin atau pelan makanan untuk mengembalikan tahapnya ke dalam julat yang sihat.

5. Bagaimana untuk merawat gula dalam darah tinggi?

Jika gula darah anda melebihi 14 mmol/L (250 mg/dl), anda perlu mengambil tindakan segera.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti.

  • Periksa tahap gula dalam darah anda dan ambil suntikan insulin bertindak pendek
  • Hubungi doktor/jururawat anda untuk bertanya berapa banyak insulin tambahan yang anda perlukan atau jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan.
  • Minum banyak air (sekurang-kurangnya 1 gelas air sejam)
  • Elakkan senaman berat
  • Selepas 2 jam periksa tahap gula dalam darah anda

Jika gula darah anda masih melebihi 14 mmol/L (250 mg/dl), segera hubungi doktor.

Jika gula darah anda melebihi 22 mmol/L (400mg/dl), ini merupakan tanda anda memerlukan rawatan dengan segera. Ambil insulin bertindak pendek (10% daripada jumlah dos harian) dan hubungi doktor/hospital secepat mungkin.

6. Ingat!

Kadar gula dalam darah tinggi merupakan satu kondisi yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih daripada normal. Hiperglisemia dalam tempoh masa yang panjang boleh menyebabkan komplikasi serius dan sering berlaku disebabkan diabetes. Dalam kes yang serius, ia boleh mengancam nyawa.

Penghidap diabetes jenis 1 perlu mengelakkan kondisi ini. Pastikan anda memantau pemakanan dan sentiasa memeriksa kadar gula dalam darah untuk memastikan ia berada dalam julat yang normal. Selain itu, ikut nasihat doktor kerana mereka adalah pakar dan dapat memberikan nasihat terbaik dalam pengurusan diabetes anda.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

how to treat hypo-hyper-Khmer.pptx

Caring for diabetes in Children and Adolescent. Third edition. Copyright Children’s Diabetes Services

https://kidshealth.org/en/teens/high-blood-sugar.html?WT.ac=ctg#catgrowth

https://www.novonordisk.com/content/dam/Denmark/HQ/sustainablebusiness/performance-on-tbl/Acess%20to%20care/CDiC/pdf-patients/CDIC_ENG_patient_handout.pdf

Baca lagi

Pengurusan kencing manis ketika sakit

Pengurusan kencing manis ketika sakit

Pengurusan hipoglisemia

Pengurusan hipoglisemia

Videos

Mengurus Hiperglisemia

Mengurus Hiperglisemia

Poster



Jawab Kuiz

Ambil kuiz pada hiperglycaemia sekarang!

A4D