Apakah insulin dan jenis-jenisnya?

fb

Ogos 28th, 2023

Apakah insulin dan jenis-jenisnya?

1. Apakah itu insulin?

Insulin merupakan sejenis hormon yang dapat menurunkan tahap glukosa (gula) dalam darah. Organ pankreas dalam kalangan penghidap diabetes jenis 1 hanya dapat menghasilkan insulin dalam kuantiti yang sedikit atau tidak boleh menghasilkannya langsung. Semua pesakit kencing manis jenis 1 memerlukan insulin. Selalunya, insulin diambil dengan cara suntikan di bawah kulit.

Matlamat rawatan adalah untuk memastikan jumlah insulin yang diperlukan sama dengan jumlah insulin yang diambil sepanjang hari. Oleh sebab itu, tahap kadar gula dalam darah pesakit perlulah dalam julat yang normal untuk mengelakkan pesakit mengalami kesan jangka masa pendek dan panjang daripada diabetes. Pesakit yang baru pertama kali mengambil insulin mungkin perlukan masa untuk mengenal pasti dos yang sesuai. Penghidap kencing manis jenis 1 perlu tahu apa itu insulin dan cara untuk memeriksa kadar gula dalam darah. Doktor akan menggunakan informasi ini untuk membantu menyelaraskan dos insulin dari semasa ke semasa.

Jenis insulin dan jumlah yang perlu diambil setiap hari bergantung kepada pelan pengurusan kencing manis anda. Ada penghidap diabetes yang perlu mengambil suntikan 2 kali sehari. Ada juga yang perlukan lebih banyak suntikan untuk pastikan kadar gula dalam darah terkawal. Pakar dapat membantu anda memahami apa itu insulin dan menentukan apa yang terbaik untuk anda.

2. Apa itu insulin: Jenis-jenisnya

Bertindak pendek
Insulin bertindak pendek membantu mengawal lonjakan gula darah yang berlaku apabila anda makan. Insulin jenis ini menunjukkan kesan pantas, namun hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat. Masa paling tepat untuk suntikan insulin bertindak pendek bergantung pada masa makan anda. Ia biasanya diambil antara 30 minit atau sebelum makan, bergantung pada jenis insulin yang anda gunakan.

Bertindak panjang
Insulin bertindak panjang berfungsi dengan perlahan dan kesannya boleh bertahan selama hampir satu hari. Ia dapat mengawal tahap gula dalam darah antara waktu makan dan memastikannya stabil dari pagi hingga ke malam. Selalunya, insulin jenis ini diambil sebelum tidur. Masa suntikan yang tepat bergantung pada jenis insulin. Sekiranya anda mempunyai persoalan, berbincanglah dengan doktor mengenai perkara ini.

Kesan serta-merta

Insulin yang memberikan kesan serta-merta mengambil masa 1 hingga 3 jam untuk menunjukkan kesan. Masa optimum untuk insulin jenis ini ialah 8 jam, namun ia dapat menstabilkan kadar gula dalam darah dari 12 hingga 16 jam.

3. Kepentingan masa pengambilan insulin

Anda tidak boleh ‘menghentikan’ kesan insulin selepas suntikan. Kesannya akan dirasai selepas pengambilan. Oleh itu, pesakit perlulah mengambil insulin dalam jumlah yang betul pada masa yang tepat. Sebagai contoh, sekiranya anda perlu menangguhkan masa makan, anda mungkin perlu mengambil insulin lebih lewat daripada biasa atau makan snek ringan sebelum mengambil suntikan kemudiannya.

Selain pengambilan ubat, pemakanan yang teratur dan senaman yang kerap dapat membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Ia juga memudahkan anda mengenal pasti jumlah insulin yang diperlukan. Sekiranya anda tidak pasti jumlah insulin yang perlu diambil, rujuk pakar secepat mungkin.

Walaupun anda sudah melakukan apa yang terdaya, kadar gula dalam darah mungkin sukar untuk dikawal. Bagi penghidap kencing manis, ada masanya anda akan mengambil terlalu banyak atau terlalu sedikit dos insulin untuk keperluan badan dan tahap gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi atau rendah.

Antara masalah umum yang sering dialami oleh pesakit ialah kadar gula dalam darah rendah atau hipoglisemia. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi lebih berkemungkinan sekiranya pesakit kurang makan atau bersenam lebih kuat daripada biasa. Hipoglisemia juga boleh berlaku dalam minggu atau bulan pertama setelah pesakit disahkan menghidap kencing manis jenis 1.

Jika sering mengalami bacaan gula dalam darah terlalu rendah, dos insulin atau pelan pemakanan mungkin perlu dilaraskan. Sekiranya ini berlaku, hubungi doktor secepat mungkin. Mereka dapat menerangkan apa itu insulin dan membantu merancang untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda dalam julat yang normal.

4. Ingat!

Bagi penghidap diabetes, pengambilan insulin dapat menyelamatkan nyawa. Penghidap kencing manis bukan sahaja perlu tahu apa itu insulin dan bila untuk mengambilnya, namun anda juga perlu faham apakah jenis-jenis insulin yang boleh diambil untuk pastikan badan sentiasa sihat dan untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan daripada diabetes.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

Baca lagi

Mengapa saya perlu memantau tahap gula dalam darah?

Mengapa saya perlu memantau tahap gula dalam darah?

Cara penggunaan insulin

Cara penggunaan insulin

Videos

Apa itu insulin?

Apa itu insulin?

Poster



Jawab Kuiz

Hãy thực hiện các câu trắc nghiệm về insulin nhé !

A4D