1. Mengapa pesakit diabetes perlu mengambil makanan sihat?
Pesakit diabetes jenis 1 tidak perlu menjalani diet yang ketat, namun anda perlulah memberi perhatian terhadap jenis dan kuantiti makanan yang diambil. Mengapa? Ini kerana makanan sihat dapat membantu menyeimbangkan tahap gula dalam darah. Dengan merancang makanan diet sihat, penghidap kencing manis dapat memilih makanan yang betul dan kekal sihat.
Anda perlu menyeimbangkan pengambilan karbohidrat, tahap aktiviti harian dengan pengambilan insulin untuk memastikan kadar gula dalam darah terkawal. Ini dapat mengelakkan sebarang masalah jangka panjang yang boleh berlaku disebabkan diabetes.
Anda perlu tahu apa yang terkandung dalam makanan ketika menyediakannya. Selain itu, anda juga perlu tahu sama ada makanan yang diambil mengandungi karbohidrat baik atau karbohidrat jahat.
Karbohidrat baik terkandung dalam makanan seperti sayur-sayuran berdaun hijau, lobak merah dan terung. Karbohidrat jahat pula terkandung dalam makanan yang diproses seperti manisan dan snek (kek, roti, coklat dan gula-gula) atau minuman manis. Hati-hati ketika membeli makanan di tepi jalan yang mungkin mengandungi susu pekat atau terlalu banyak gula.
Jika boleh, baca label untuk mengenal pasti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, informasi nutrisi dan jumlah kalori ketika anda membeli makanan di pasar raya.
Sekiranya anda ingin membeli makanan yang disediakan oleh penyedia makanan di tepi jalan, jangan takut untuk tanya apakah bahan yang digunakan dan jumlah gula yang digunakan.
2. Kaedah pinggan suku suku separuh
Makanan sihat seimbang perlu mengandungi karbohidrat dan nutrisi lain. Kedua-dua faktor ini penting untuk mengawal diabetes dan memastikan makanan yang diambil itu lebih memuaskan.
Anda boleh menggunakan kaedah suku suku separuh untuk menyediakan menu makanan sihat seperti berikut:
– 1/2 pinggan: Sayuran berdaun dan sayuran yang tidak mengandungi serat seperti kubis, brokoli, lobak merah atau timun.
– 1/4 pinggan: Karbohidrat (bijirin atau sayuran berserat) seperti nasi, roti, jagung, kentang atau ubi keledek.
– 1/4 pinggan: Protein seperti daging, ikan atau telur.
Pilihan: Segelas susu (rendah lemak) atau buah-buahan segar.
Penting untuk pesakit diabetes mengambil berat akan pemakanan mereka. Makanan merupakan rakan baik penghidap diabetes jenis 1. Sama seperti memilih kawan yang baik, anda perlu pilih pemakanan yang betul untuk kekal sihat.
3. Petua memilih makanan sihat untuk penghidap kencing manis jenis 1
- Jangan sesekali melangkau waktu makan. Cuba makan pada waktu yang sama setiap hari.
- Ambil karbohidrat secara konsisten setiap hari.
- Minum banyak air.
- Pilih karbohidrat sihat seperti beras perang berbanding nasi putih atau pulut.
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.Pilih snek yang sihat (contohnya buah-buahan) sekiranya anda inginkan snek.
- Lakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Cuba elakkan/kurangkan:
- Minuman manis, makanan ringan atau pencuci mulut.
- Tidak mengapa jika anda ingin menikmati hidangan istimewa pada majilis-majilis khas seperti hari lahir atau perayaan. Namun, makanlah secara sederhana.
- Makanan yang diproses (contohnya daging dalam tin, sosej).
- Kurangkan jumlah garam dalam makanan anda.
Minum arak:
Alkohol mengandungi karbohidrat. Pengambilan secara sederhana boleh meningkatkan bacaan gula dalam darah namun minum arak secara berlebihan boleh menyebabkan hipoglisemia.
Anda boleh minum sekali-sekala tetapi secara sederhana dan pastikan anda makan pada masa yang sama, periksa gula darah anda dengan kerap dan minum banyak air pada keesokan harinya. Berhati-hati dengan risiko hipoglisemia dan rawat segera jika anda mempunyai sebarang gejala.
3. Jangan takut untuk ambil karbohidrat
Penghidap diabetes tidak perlu mengelakkan pengambilan karbohidrat. Benar, pengambilan karbohidrat boleh meningkatkan kadar gula dalam darah, namun badan anda masih memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan normal.
Sekiranya anda risau mengenai pengambilan karbohidrat, pantau pemakanan anda sepanjang hari. Dengan cara ini, anda dapat mengagak jumlah pengambilan karbohidrat harian.
4. Ingat!
Makanan diet sihat mempunyai impak terhadap kadar gula dalam darah, terutamanya bagi penghidap diabetes jenis 1.
Pengambilan makanan sihat merupakan cara terbaik untuk mengawal diabetes. Dengan memastikan anda mengambil makanan diet sihat yang betul dalam jumlah yang sewajarnya, anda dapat memastikan kadar gula dalam darah kekal stabil dan mengelakkan kesan sampingan diabetes.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.