1. Mengapa kita perlu makan dan apakah itu makanan karbohidrat?
Makanan yang kita makan adalah sangat penting kerana ia membekalkan badan kita nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.
Makanan kita terdiri daripada tiga nutrien utama iaitu karbohidrat, lemak dan protein, serta nutrien kecil lain seperti vitamin dan mineral. Kita juga harus minum banyak air untuk membantu badan kekal terhidrat.
Apakah peranan nutrien tersebut:
- Makanan karbohidrat: Sumber tenaga utama untuk otak dan badan anda.
- Protein: Membantu tumbesaran dan membaiki tisu badan.
- Lemak: Membekalkan tenaga untuk tumbesaran dan aktiviti fizikal.
- Vitamin & Mineral: Mengawal banyak fungsi badan dan menyihatkan badan.
2. Memahami karbohidrat untuk mengekalkan tahap gula dalam darah yang sihat
Anda tidak sepatutnya mengelak semua makanan karbohidrat. Tetapi ia adalah penting untuk anda belajar cara makan karbohidrat yang betul; dan dapat mengenal pasti karbohidrat yang baik dan buruk, yang mungkin memudaratkan kawalan diabetes anda.
Contoh karbohidrat yang baik seperti sayur-sayuran berdaun dan sayur-sayuran yang mengandungi gula semula jadi, yang boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda perlahan-lahan.
Karbohidrat yang tidak baik seperti pencuci mulut atau minuman manis akan menyebabkan tahap gula dalam darah anda meningkat terlalu cepat.
Dengan mengambil pendekatan pintar untuk mengimbangi karbohidrat, insulin dan senaman, anda boleh menikmati makanan dan kekal sihat pada masa yang sama.
Di manakah kita boleh mencari makanan karbohidrat?
- Bijirin dan kanji seperti beras, jagung, mi, kentang, labu atau keladi.
- Susu dan produk tenusu seperti susu lembu atau soya.
- Buah-buahan seperti betik, mangga, nanas, tembikai atau oren.
- Sayuran tidak berkanji seperti terung, tomato, timun, sayuran hijau atau cendawan.
- Makanan dan minuman bergula: Contohnya: minuman berkarbonat, jus buah, susu pekat, gula-gula, kek, kerepek.
Makanan yang mengandungi gula segera adalah berbahaya! Ia dapat membuatkan gula darah anda meningkat dengan mendadak!!
3. Indeks glisemik
Selepas makan, masa yang diambil oleh badan untuk menukar karbohidrat dan membebaskan gula ke dalam aliran darah berbeza-beza, bergantung pada jenis karbohidrat dan makanan yang mengandunginya.
Sesetengah makanan yang mengandungi jenis karbohidrat tertentu boleh menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat dengan cepat; ada juga makanan lain yang mempunyai kesan beransur-ansur.
Indeks glisemik mengukur seberapa cepat dan berapa banyak makanan meningkatkan tahap gula dalam darah.
Makanan dengan nilai indeks yang lebih tinggi meningkatkan gula darah dengan lebih cepat daripada makanan dengan nilai indeks glisemik yang lebih rendah.
Berikut anda akan menemui indeks glisemik kebanyakan jenis karbohidrat, makanan ruji, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan masyarakat di Malaysia:
- Kategori kuning – makan lebih banyak.
- Kategori oren – makan secara sederhana.
- Kategori merah – cuba elakkan atau berdasarkan bahagian yang disyorkan.
Selain mengamalkan diet seimbang dengan pengambilan makanan karbohidrat, protein dan lemak, anda juga boleh mengekalkan gula darah anda pada tahap yang sihat dengan:
- Memastikan gula dalam darah diuji secara berkala (sebaik-baiknya 4 kali sehari).
- Mendapatkan 30 minit senaman setiap hari!
- Pastikan anda mendapat jumlah insulin yang betul pada masa yang tepat.
- Rancang makanan yang sihat mengikut pengambilan karbohidrat yang disyorkan oleh doktor/jururawat.
3. Ingat!
Makanan memainkan peranan penting untuk mengawal diabetes. Penghidap kencing manis bukan sahaja perlu beringat ketika makan, saiz hidangan juga perlu dititikberatkan. Makan terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh membawa mudarat. Jadi, pastikan anda mengambil hidangan dalam saiz yang betul untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk badan.
Ingat, bukan semua makanan karbohidrat tidak baik untuk badan. Ada banyak sumber karbohidrat yang baik seperti sayur-sayuran yang dapat meningkatkan kadar karbohidrat secara perlahan. Namun, penghidap diabetes perlu mengelakkan minuman bergula dan manisan kerana ia boleh menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat secara drastik.
Penghidap diabetes juga perlu melakukan senaman setiap hari untuk mengawal kadar gula dalam darah. Senaman selama 30 minit sudah mencukupi untuk kesihatan yang baik.
Akhir sekali, berbincanglah dengan doktor mengenai cara menguruskan kencing manis. Rekomendasi yang diberikan oleh doktor dapat membantu anda mengawal kondisi dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, nasihat doktor juga dapat mengajar anda cara untuk menjalani hidup dengan lebih berkualiti walaupun menghidap diabetes.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.