1. Apa yang bakal berlaku dan cara rawat kencing manis ketika sakit
Seperti semua orang, anda mungkin jatuh sakit dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, kerana impak penyakit pada badan boleh meningkatkan atau menurunkan tahap gula dalam darah, ada beberapa langkah tambahan yang perlu dilakukan untuk memastikan paras gula dalam darah terkawal.
Tahap gula dalam darah tidak dapat diramal ketika anda jatuh sakit. Pesakit juga tidak dapat meramal bagaimana penyakit bakal menjejaskan kawalan kencing manis. Oleh itu, penting untuk pesakit memeriksa tahap gula dalam darah dengan lebih kerap ketika sakit dan sentiasa melaraskan dos insulin mengikut keperluan.
Apabila anda demam, selesema atau jatuh sakit dengan atau tanpa demam, badan memerlukan tenaga tambahan untuk melawan jangkitan. Ia mungkin akan mempengaruhi tindakan insulin yang diambil.
Jika anda tidak mempunyai tenaga atau insulin yang mencukupi, badan akan menggunakan simpanannya (lemak dan otot) untuk membekalkan tenaga kepada badan. Proses ini akan menghasilkan bahan buangan yang dipanggil keton yang berbahaya sekiranya ditemui dalam badan dalam kuantiti yang tinggi.
Jika paras gula dalam darah tinggi tidak dirawat, keton akan bertambah. Pesakit boleh mengalami ketoasidosis diabetes walaupun menghidap penyakit yang tidak diketahui.
2. Bagaimana saya boleh bersiap sedia untuk rawat kencing manis ketika sakit?
Mengetahui cara rawat kencing manis ketika jatuh sakit boleh mengelakkan sebarang masalah dan komplikasi.
Matlamat penjagaan harian ketika jatuh sakit adalah untuk:
- mengelakkan dehidrasi/penyahhidratan.
- mencegah ketoasidosis diabetes (tahap gula dan keton yang tinggi dalam darah).
- mencegah hipoglisemia (paras gula dalam darah rendah).
3. Bagaimana untuk mengenali keton?
Berikut adalah beberapa simptom yang menandakan keton dihasilkan oleh badan:
- Nafas berbau buah.
- Tahap gula dalam darah tinggi.
- Banyak pergi ke tandas.
- Sangat dahaga.
- Rasa lebih letih daripada biasa.
- Sakit perut.
- Perubahan pada pernafasan mereka (biasanya lebih dalam).
- Kekeliruan.
- Pengsan.
- Berasa sakit.
Cara terbaik untuk menguji keton adalah dengan menggunakan jalur ujian keton darah. Ramai orang tidak mempunyai jalur ujian keton darah atau mesinnya di rumah. Klinik atau pusat penjagaan kesihatan tempatan anda mungkin boleh melakukan ujian ini untuk anda.
4. Apa yang perlu saya lakukan apabila saya sakit?
Sila ikut garis panduan am ini sebagai cara rawat kencing manis ketika sakit:
- JANGAN HENTIKAN PENGAMBILAN INSULIN!
- Dos insulin mungkin perlu ditambah atau dikurangkan, berdasarkan tahap gula dalam darah dan pengambilan makanan.
- Meningkatkan pemantauan gula darah kepada 3-4 jam jika anda mempunyai jalur ujian yang mencukupi.
- Jika tidak dapat menguji paras gula dalam darah di rumah, pergi ke kemudahan kesihatan tempatan untuk lakukan ujian.
- Minum banyak air. Makan makanan dalam saiz kecil dan kerap tetapi dalam masa makan harian.
- Merawat demam.
Pemantauan untuk keton kencing atau keton darah adalah sangat penting. Insulin tambahan biasanya diperlukan untuk mengawal tahap gula dalam darah (melainkan penyakit itu menyebabkan hipoglisemia).
Jika anda mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi tanpa keton atau keton berkuantiti sedikit:
- Ambil 5-10% daripada jumlah dos harian insulin sebagai insulin bertindak pendek atau pantas dan ulangi setiap 2-4 jam.
Jika anda mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi dengan keton berkuantiti sederhana atau banyak.
- Ambil 10-20% daripada jumlah dos harian insulin sebagai insulin bertindak pendek atau pantas dan ulangi setiap 2-4 jam.
Jika anda muntah, ini adalah tanda kekurangan insulin dan ketoasidosis diabetes. Sila hubungi doktor atau pergi ke klinik/hospital untuk rawat kencing manis dengan segera.
5. Ingat!
Penghidap diabetes perlu berhati-hati terutamanya ketika sakit. Pada waktu ini, kadar gula dalam darah sukar untuk dikawal.
Oleh sebab itu, pastikan anda tahu cara rawat kencing manis ketika sakit, jaga kesihatan dengan baik dan sentiasa mengikuti nasihat doktor. Jika anda jatuh sakit, beritahu doktor supaya mereka dapat memberi nasihat tentang cara-cara untuk mengawal kadar gula dalam darah.
Pengambilan ubat-ubatan, pemakanan yang betul dan gaya hidup sihat dapat membantu pesakit diabetes hidup dengan selesa.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.