1. Bagaimanakah kencing manis jenis 1 boleh menyebabkan komplikasi pada penglihatan saya?
Penghidap Diabetes Jenis 1 lebih berisiko untuk menghidap penyakit mata yang dipanggil retinopati kencing manis yang boleh menjejaskan penglihatan mereka.
Jika tahap gula anda darah anda tinggi secara konsisten, ia boleh merosakkan saluran darah anda dengan serius. Apabila ia menjejaskan saluran darah di mata anda, ia memberi kesan kepada bekalan darah ke retina (bahagian mata yang membuatkan kita boleh melihat).
Apabila saluran darah ini rosak bermakna retina tidak boleh mendapatkan darah yang diperlukan dan ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini bermakna anda tidak dapat melihat dengan betul dan anda mungkin menjadi buta.
Terdapat perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan, jika tanda-tandanya dapat dikesan cukup awal. Yang paling penting ialah memastikan tahap gula dalam darah anda berada dalam julat sasaran untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang. Pemeriksaan mata tahunan boleh membantu doktor anda mengesan masalah mata lebih awal, sebelum ia membawa kepada kebutaan.
2. Apakah masalah mata yang boleh berlaku?
– Katarak, iaitu penebalan dan kekeruhan kanta mata yang mengaburkan penglihatan atau menjadikannya sukar untuk melihat pada waktu malam
– Glaukoma, iaitu apabila tekanan terkumpul di dalam mata yang boleh mengurangkan aliran darah ke retina dan saraf optik, menyebabkan kerosakan. Lama kelamaan, jika tidak dirawat, glaukoma boleh menyebabkan kehilangan penglihatan
– Retinopati kencing manis, yang melibatkan perubahan pada retina akibat kerosakan atau masalah pertumbuhan pada saluran darah kecil retina.
3. Mengatasi masalah mata lebih awal
Cara terbaik untuk melihat jika anda mempunyai masalah mata adalah dengan meminta doktor mata memeriksa mata anda. Anda boleh mengalami kerosakan mata walaupun penglihatan anda baik. Ia tidak ada kena mengena dengan memerlukan cermin mata.
Ia adalah penting untuk mengesan penyakit mata lebih awal dan melakukan sesuatu mengenainya untuk mengelakkan kebutaan. Untuk itu, anda perlu mengambil pemeriksaan mata setiap tahun. Ini berbeza dengan ujian mata oleh pakar optik di mana mereka membantu orang yang menggunakan cermin mata atau kanta sentuh yang sesuai.
Apakah pemeriksaan mata untuk penghidap kencing manis? Doktor mata akan mengambil gambar setiap mata untuk mencari sebarang perubahan pada retina anda dan sebarang tanda retinopati.
Jika ia dikesan lebih awal, terdapat rawatan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan. Doktor anda boleh membincangkan perkara ini dengan anda selagi anda memberikannya keputusan pemeriksaan mata tahunan anda.
4. Petua untuk mengurangkan risiko masalah mata
- Sentiasa periksa tahap gula dalam darah anda
- Dapatkan pemeriksaan mata anda setiap tahun
- Mengenal pasti perubahan dengan penglihatan anda termasuk: penglihatan kabur (terutamanya pada waktu malam), bentuk-bentuk terapung dalam penglihatan anda, sensitif terhadap cahaya
- Ikut garis panduan pemakanan sihat dan elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat buruk seperti minuman manis, pencuci mulut dan makanan ringan seperti kerepek kentang.
- Cuba bersenam 30 minit setiap hari
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.