1. Alat-alatan yang diperlukan untuk memantau paras gula darah.
Meter gula darah
Ia merupakan alat elektronik mudah alih yang digunakan untuk memantau berapa gula di dalam darah. Ia hanya memerlukan setitis darah dari jari. Meter gula darah perlu dijaga mengikuti nasihat pengilang dan ditentukur sentiasa. Prosedur mungkin lain untuk setiap alat. Merujuk kepada panduan pengguna atau tanya doktor/ jururawat cara menggunakan dan menyimpan meter gula darah.
Strip pengujian gula darah
Hanya gunakan strip pengujian untuk meter. Anda boleh menggunakan strip pengujian untuk sekali sahaja. Anda perlu meggunakan strip baharu setiap kali anda memantau gula darah. Jangan manggunakan strip yang tamat tempoh. Simpan strip sebagaimana yang diarahkan. Jangan letak strip di dalam peti sejuk.
Alat cucuk jari dan ‘lancets’
Lancet’ ialah jarum yang halus dan tajam untuk mencucuk kulit. Seseorang yang berjangkit dengan kencing manis memerlukan alat cucuk jari, dengan ‘lancet’ bersama, untuk dapatkan titisan darah yang diperlukan untuk ujian gula darah. Doktor atau jururawat akan memberikan nasihat kepada seseorang yang berjangkit dengan Kencing Manis Jenis 1, bergantung pada umur dan keutamaan masing-masing.
2. Bila dan berapa kerap perlu memantau gula darah?
Anda patut membantu sesiapa yang berjangkit dengan kencing manis untuk memantau paras gula sekurang-kurangnya 4 kali sehari tetapi lebih baiknya 6 kali jika mempunyai strip pengujian yang mencukupi dan rekodkan bacaan.
Gula darah dipantau pada waktu:
1. baru bangun, sebelum makan sarapan pagi
2. sebelum makan tengah hari
3. pada waktu petang sebelum makan malam
4. sebelum tidur
Apabila anda mempunyai strip pengujian yang mencukupi, ujian ekstra boleh dilakukan:
5. 2.5jam selepas sarapan pagi.
6. 2.5 jam selepas makan tengah hari
Amat penting untuk memantau dengan lebih kerap apabila mereka melakukan aktiviti sukan (sebelum, semasa dan beberapa jam kemudian), kadang kala pada waktu malam untuk mengesan paras gula darah yang tinggi atau rendah pada waktu malam ataupun apabila mereka jatuh sakit untuk mengelakkan krisis hiperglikemia. Amat penting juga untuk mengesahkan hipoglikemia (gula darah rendah) dan memantau kesembuhan.
Paras gula darah yang tidak dapat dikawal bukan sahaja membawa masalah seperti hipoglikemia, tetapi juga kejadian yang mengancam nyawa seperti diabetic ketoacidosis (DKA) dan koma yang disebabkan oleh kencing manis.
3. Kepentingan membuat ujian sebanyak mungkin
Perancangan berjaya untuk mengawal kencing manis memerlukan pengawalan gula darah. Anda boleh melakukan pengawalan sebanyak 6 kali sehari jika anda terdapat strip pengujian yang mencukupi. Rekod bacaan patutlah dibincang dengan doktor untuk mengenalpastikan turun naik gula. Dengan itu, doktor akan dapat mengubahsuaikan perancangan rawatan.
Memang benar bukanlah mudah untuk dapat 6 strip pengujian setiap hari. Jika anda mempunyai strip yang kurang, sekurang-kurangnya membuat 4 ujian setiap hari sebelum makan dan tidur, dan juga sentiasa membincang dengan doktor.
4. Bagaimanakah cara memantau paras gula darah?
1. Cuci dan keringkan tangan
2. Masukkan strip pengujian ke dalam meter gula darah
3. Cucuk jari yang kering dengan “lancet”
4. Letakkan titisan darah ke strip pengujian sehingga mencukupi untuk memulakan ujian
5. Dalam beberapa saat, meter gula darah akan mengeluarkan keputusan
6. Rekodkan keputusan dalam buku log gula darah
7. Buangkan strip pengujian dan ‘lancet’ di dalam bekas (contohnya botol plastik)
Petunjuk: jangan membuat pengujian menggunakan jari yang sama setiap kali. Gunakan tepi jari akan kurangkan kesakitan
5. Bagaimanakah cara membaca keputusan?
Secara umum, paras gula darah yang bagus adalah di antara 4 – 10 mmol/l (72 – 180 mg/dL).
– Apabila bangun dari tidur dan sebelum makan, paras gula darah patutnya di antara 4 – 7 mmol/L (72 – 126mg/dL)
– Selepas makan dan semasa tidur, paras gula darah patutnya di antara 5 – 10 mmol/L (90 – 180 mg/dL)
Target untuk setiap orang adalah berbeza. Sila berbincang dengan doctor untuk mendapat julat yang tertentu.
Jika bacaan kurang daripada 4.0 mmol/L (72mg/dL), rawatinya sebagai hipo (gula darah rendah). Merujuk pada muka surat hipoglikemia untuk dapatkan butiran. Kadang tanda hipoglikemia dapat dirasai pada paras tinggi atau lebih kurang daripada 4.0 mmol (72mg/dL)- ini juga perlu dirawati sebagai HIPO.
– Jika gula darah sebelum makan adalah sentiasa tinggi, insulin sebelum itu mungkin terlalu kurang.
– Jika gula darah sebelum makan adalah sentiasa rendah, insulin sebelum itu mungkin terlalu banyak
– Jika gula darah sebelum makan adalah kadang tinggi kadang rendah, mungkin terdapat pelbagai sebab seperti dos insulin, makanan dan senaman.
Ini perlu dibincangkan dengan doktor.
6. Apakah HbA1c?
Setiap 3 bulan, doktor akan membuat ujian HbA1c. Keputusan ujian tersebut menunjukkan purata paras gula darah untuk dua atau tiga bulan yang lalu. Semakin tinggi paras HbA1c, semakin buruk pengawalan gula darah dan semakin tinggi risiko untuk mendapat komplikasi kencing manis.
Dengan pemantauan gula darah diri yang bagus, doktor akan harapkan keputusan HbA1c yang kurang daripada 7%.
Sekiranyan paras sekarang adalah tinggi daripada 7.5%, penting untuk seseorang memahami penurunan paras HbA1c akan mengurangkan risiko mendapat komplikasi. Ini dapat dicapai dengan pemantauan gula darah yang lebih kerap.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.