1. Apakah gula darah?
Glukosa darah juga dikenali sebagai gula darah, ialah jumlah glukosa (gula) dalam darah kita. Gula ini diperolehi daripada makanan dan minuman, badan kita juga mengeluarkan gula yang disimpan dalam hati dan otot.
2. Apakah pemantauan gula darah?
Pemantauan paras gula darah adalah penting untuk merawati kencing manis dan mengelakkan komplikasi yang berikutan. Paras gula darah boleh dipantau dengan alat elektronik mudah alih, iaitu meter glukosa darah (glukometer) yang hanya memerlukan setitis darah dari jari.
Pemantauan paras glukosa darah ialah cara terbaik untuk menunjukkan penjangkit Kencing Manis Jenis 1 mempunyai keseimbang dari insulin, gula daripada makanan dan senaman.
3. Bilakah pemantauan paras gula darah perlu dilakukan?
Seseorang yang berjangkiti dengan Kencing Manis Jenis 1 perlu memantau paras gula darah sebelum makan, semasa tidur dan sebelum bersukan. Pemantauan juga perlu dilakukan apabila mereka tidak rasa selesa ataupun mereka mempunyai tanda-tanda paras gula darah yang rendah (hipoglikemia).
4. Kepentingan untuk memantau paras glukosa darah.
Bagi orang tanpa kencing manis, paras glukosa darah adalah stabil kerana badan kita mengekalkannya dalam paras yang biasa. Bagi orang yang berjangkit dengan Kencing Manis jenis 1, paras gula darah menjadi tidak biasa, menyebabkan hiperglikemia dan hipoglikemia
Sekiranya paras gula darah tidak dikawal dengan baik, ia akan meningkatkan risiko seseorang mendapat komplikasi seperti buta, penyakit jantung dan buah pinggang, dan kehilangan kaki dan tangan akibat amputasi. Ia juga akan mengakibatkan kejadian yang mengancam nyawa seperti diabetes ketoacidosis (DKA) dan koma yang disebakan oleh kencing manis.
Selain daripada mengawal paras gula darah, pemantauan gula darah juga akan membantu untuk:
– Berasa lebih sedar dan dapat mengawal keadaan tersebut
– Menyelesaikan masalah dan modifikasi rawatan kencing manis secara cepat dan efektif
– Menguruskan hari yang tidak sihat
– Lebih memahami kesan daripada makanan, senaman dan ubat kepada paras glukosa darah
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.