Menyokong pesakit Kencing Manis Jenis 1 & mengatasi stres

fb

Mac 14th, 2023

Menyokong pesakit Kencing Manis Jenis 1 & mengatasi stres

1. Belajar dan menerima Kencing Manis Jenis 1 dalam kehidupan kita

Apabila seseorang berjangkitan dengna Kencing Manis Jenis 1, penjaga sentiasa berasa takut dan bercabar. Mereka mengetahui akibat penyakit ini terhadap kualiti kehidupan, jangka hayat dan aktiviti harian anak mereka. Lama-kelamaannya, mereka juga mendapati ini akan menjejaskan seluruh keluarga.
Merawatikencing manis dalam kalangan remaja memerlukan pertukaran rutin, fokus, pemakanan dan cara hidup. Ini mungkin lebih susah kerana ia perlu dijaga sepanjang hayat. Adalah biasa jika anda berasa sedih pada peringkat ini.
Ramai penjaja rasa bersalah tentang situasi pesakit dan bertanya-tanya sama ada mereka dapat mengelakkannya. Sesetengah penjaga pula tidak berkeyakinan untuk menjaga pesakit seperti memberikan ubat dan mengikuti perancangan makanan. Juga terdapat penjaga yang risau tentang pengenalpastian tanda-tanda kencing manis dan mendapat rawatan yang betul.
Semua perasaan tersebut adalah dikongsi antara penjaga kanak-kanak yang mempunyai Kencing Manis Jenis 1. Amat biasa untuk anda berasa begitu tetapi anda bukan berseorangan. Anda boleh sentiasa mendapatkan sokongan dan bantuan daripada doktor dan jururawat, saudara mara dan keluarga.

2. Berurusan dengan perasaan.

Ramai ibu bapa dan penjaga mempunyai stres emosi dan psikologi selepas anak-anak mereka berjangkitan dengan Kencing Manis Jenis 1. Jika anda juga berasa begitu, anda bukan berseorangan. Kesusahan ini berganda apabila anda perlu menyelesaikan kekecewaan, kesedihan dan kecemasan sendiri pada masa yang sama perlu menjaga perasaan kecemasan dan kesedihan pesakit kencing manis.
Langkah pertama untuk mengatasi perasaan diri adalah dengan mempelajari tentang Kencing Manis Jenis 1. Program Hello Type 1 akan memberikan ibuu bapa dan penjaga informasi penting untuk memahami penyakit ini dan cara terbaik untuk menguruskannya. Namun, anda boleh sentiasa mendapatkan jawapan daripada kumpulan penjagaan kencing manis. Pemahaman tentang Kencing Manis Jenis 1 dan cara pengurusannya akan membantu anda lebih berkeyakinan untuk mengawalnya, Anda juga akan dapat membantu dan menyokong seseorang yang berjangkitan dengan kencing manis, memahami cara mereka menguruskan situasi harian dan menjaga emosi mereka.
Anda juga boleh dapatkan sokongan daripada ahli keluarga. Bincangkan semua perasaan anda terhadap ahli keluarga. Mereka akan membantu dan berkongsi tanggungjawab untuk menjaga seorang yang berjangkitan dengan kencing manis.

3. Bagaimanakah boleh saya bantu?

Demi menyokong anak anda atau seseorang yang berjangkitan dengan kencing manis, anda patut mengenali status psikologi dan emosi serta berani untuk menyuarakannya.
Mengakui perasaan mereka, Amat penting untuk berasa ingin tahu dan mencari sebab mereka berasa sedih. Dengar apa yang mereka ingin cakap sebelum menyuarakan perasaan anda.
Amat penting untuk mencari keseimbangan dalam komunikasi. Anda perlu menunjukkan prihatin dengan bertanya soalan tentang keadaan mereka dan menyokong mereka dengan memberitahu bahawa Kencing Manis Jenis 1 bukanlah penghujung dunia.
Anda patut mendengar fikiran dan kekecewaan mereka, cuba untuk menjawab dan menyakinkan mereka bahawa dengan rutin dan disiplin dalam kehidupan, ini akan membantu mereka hidup seperti biasa dan membawa lebih banyak kebaikan dalam kehidupan nanti (iaitu kekuatan dan komitmen untuk berjaya dalam akademik dan kerjaya)
Amat penting untuk membantu mereka menjadi berdikari. Ia mungkin susah, terutamanya pada permulaan, untuk melawan keinginan untuk terlalu melindungi anak anda atau pesakit kencing manis. Dengan galakan dan sokongan, mereka patut belajar bagaimana mengambil tanggungjawab untuk menguruskan kencing manis seperti ubat dan makanan. Ini akan membawa kesan positif dan memupuk keyakinan.

4. Penglibatan sekeluarga

Apabila seseorang berjangkitan dengan kencing manis, ia akan menjejaskan seluruh keluarga, Jika anda mempunyai anak lain atau atau ahli keluarga tanpa penyakit kronik, anda mungkin megesan mereka tidak suka akan ketumpuan ekstra yang orang itu dapat. Ingatlah juga untuk menjaga dan menunjukkan tumpuan kepada ahli keluarga lain untuk mengelakkan ketengangan dalam keluarga. Anda boleh melibatkan ahli keluarga dalam pembelajaran Kencing Manis Jenis 1 dan meminta mereka untuk membantu. Ini patutlah merupakan usaha kolektif daripada seluruh keluarga.
Komunikasai yang baik serta pengukuhan yang positif akan menunjukkan kemajuan dalam pengawalan gula darah dan pengurusan umum Kencing Manis Jenis 1. Mereka yang berjangkitan dengan Kencing Manis Jenis 1 akan hidup panjang dan gembira seperti kita orang.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

Baca lagi

Apakah insulin dan apakah jenis-jenis insulin?

Apakah insulin dan apakah jenis-jenis insulin?

Memahami Kencing Manis Jenis 1

Memahami Kencing Manis Jenis 1

A4D