Rawatan hiperglikemia

fb

April 5th, 2023

Rawatan hiperglikemia

1. Apakah hiperglikemia?

Paras gula darah ialah jumlah gula dalam darah. Apabila paras ini meningkatkan terlalu tinggi, lebih daripada 14 mmol/L (250 mg/dl), itulah hiperglikemia. Gula darah yang terlalu tinggi akan menyebabkan tanda-tanda serius yang perlu dirawati dengan segera.
Jika tidak dirawati, hiperglikemia akan menjadi serius dan menyebabkan komplikasi yang memerlukan rawatan kecemasan, seperti koma disebabkan oleh kencing manis.
Gula yang terlalu banyak dalam darah untuk jangka masa panjang akan merosakkan saraf, saluran darah, dan organ badan yang penting, yang akan menyebabkan sakit jantung, strok, buah pinggang rosak, buta, luka yang tidak sembuh dan amputasi kaki.

2. Bagaimanakah mengenalpasti hiperglikemia?

Tanda-tanda gula darah tinggi bergantung pada seseorang itu.

Berikutlah apa yang anda akan rasa apabila mempunyai gula darah tinggi:
– sentiasa dahaga
– kencing banyak pada waktu malam
– penglihatan kabur
– sentiasa letih
– mulut kering

Jika gula darah tinggi, anda mungkin akan:
– loya
– sakit perut
– pernafasan tidak biasa
– nafas berbau alkohol

Kadang hiperglikemia akan menjadi serius dan anda akan pening atau tidak sedar diri. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, patut pergi ke hospital/ klinik.

3. Apakah menyebabkan hiperglikemia?

Pengurusan Kencing Manis Jenis 1 ialah keseimbangan dari tiga segi kerana ana perlu memerhatikan insulin, makanan dan juga senaman atau aktiviti fizikal yang anda lakukan.

Ketiga-tiga perlulah seimbang. Jika mana-mana satu tidak seimbang, paras gula darah juga akan dijejaskan. Secara umum, gula darah yang tinggi daripada biasa disebabkan oleh:

– tidak mengambil insulin pada masa yang betul atau dos insulin salah

– insulin sudah tamat tempoh atau tidak disimpan dengan betul

– tidak mengikuti perancangan makan (makan dengan terlalu kerap/ makan makanan ringan)

– makan karbohidrat/ air gula

– kurang bersenam

– infeksi, sakit, datang haid

– emosi, seperti keterujaan atau stres

– kadang kala semasa atau selepas senaman (kesan stres)

– mengambil ubat lain yang menjejaskan fungsi ubat kencing manis

4. Pemeriksaan untuk gula darah tinggi.

Dalam perancangan rawatan kencing manis, anda perlu memeriksa gula darah beberapa kali sehari dengan glukometer. Ini akan dapat mengenalpasti jika anda mempunyai paras gula darah tinggi, yang tidak mempunyai tanda-tanda. Seseorang yang tidak membuat ujian kerap mungkin mempunyai paras gula darah tinggi yang tinggi sangat sehingga menjejaskan badan tanpa kesedaran.

Jika paras gula darah anda sentiasa tinggi, doktor/ jururawat akan menasihatkan anda untuk tukar dos insulin atau perancangan makanan untuk membawa paras gula darah ke paras yang sihat.

5. Bagaimanakah cara meraawati gula darah tinggi (hyperglycemia)?

Jika gula darah lebih daripada 14 mmol/L (250 mg/dl) , anda hendaklah bertindak dengan cepat.

Berikutlah yang anda patut buat:

– memeriksa paras gula darah dan mengambil suntikan insulin ‘short acting’

– berhubung dengan doktor/ jururawat untuk bertanya berapa lagi insulin yang anda perlu atau jika anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan

– minum air yang banyak (sekurang-kurangnya segelas air setiap jam)

– elakkan senaman kuat

– memeriksa paras gula darah selepas 2 jam
Jika gula darah masih melebihi 14 mmol/L (250 mg/dl), berhubung dengan doktor/ jururawat dengan segera.
Jika gula darah melebihi 22 mmol/L (400mg/dl) anda mempunyai hiperglikemia serius. Ambil insulin ‘short acting’ dengan segera (10% daripada jumlah insulin harian). Berhubung dengan doktor/ jururawat dengan segera.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

how to treat hypo-hyper-Khmer.pptx

https://www.novonordisk.com/content/dam/Denmark/HQ/sustainablebusiness/performance-on-tbl/Acess%20to%20care/CDiC/pdf-patients/CDIC_ENG_patient_handout.pdf

Caring for diabetes in Children and Adolescent. Third edition. Copyright Children’s Diabetes Services

https://kidshealth.org/en/parents/hyperglycemia.html#catgrowth

Baca lagi

Menguruskan kencing manis anda apabila anda sakit

Menguruskan kencing manis anda apabila anda sakit

Rawatan hipoglikemia

Rawatan hipoglikemia

Videos

Mengurus Hiperglisemia

Mengurus Hiperglisemia

Poster



Jawab Kuiz

Ambil kuiz pada hiperglycaemia sekarang!

A4D