1. Apakah insulin?
Insulin ialah hormon yang membolehkan gula untuk masuk sel-sel badan dan digunakan sebagai tenaaga. Badan orang yang berjangkit dengan Kencing Manis Jenis 1 tidak menghasilkan insulin, jadilah mereka perlu mengambil insulin setiap hari.
Target rawatan insulin adalah untuk mencapai keseimbangan antara insulin yang diambil dan keperluan insulin seseorangan sepanjang hari. Dengan itu, paras gula darah akan dapat dikawal seperti biasa untuk mengelakkan komplikasi kencing manis.
Jenis insulin dan jumlah yang diambil setiap hari akan berbeza bergantung pada rawatan Kencing Manis Jenis 1 seseorang. Sesetengah perancangan termasuk dua suntikan setiap hari, sesetengah pula merangkumi tiga atau lebih untuk memastikan paras gula darah dikawal.
2. Apakah jenis-jenis insulin?
Insulin ‘short acting’
Insulin ‘short acting’ mengawal gula darah daripada menjadi tinggi sangat apabila makan. Masa untuk mengambil suntikan insulin ‘short acting’ bergantung daripada masa makan. Kebanyakan insulin diambil pada 30 minit atau sebelum makan, bergantung pada jenis insulin yang digunakan.
Insulin ‘long acting’
Insulin ‘long acting’ akan menjadi berkesan dalam jangka masa yang lebih panjang dan akan berkesan selama sehari. Ia mengawal gula darah antara masa makan, mengawal paras gula darah stabil sepanjang hari. Ia diambil pada masa tidur.
Masa suntikan bergantung pada jenis insulin yang digunakan. Sila mendapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat tentang masa yang paling sesuai untuk seseorang. Apabila kanak-kanak membesar, keperluan insulin juga akan bertambah. Anda dinasihati supaya sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak, doktor atau jururawat.
3. Kesan-kesan insulin
Anda tidak boleh memberhentikan insulin selepas disuntik, ia akan berfungsi, jadi memang penting untuk mengambil insulin dengan betul yang dapat menemui keperluan seseorang sepanjang hari. Kawalan baik adalah daripada program harian. Bantulah orang yang berjankitan dengan kecing manis untuk mengikuti rancangan makanan harian dan melakukan aktiviti fizikal yang menpercepatkan denyutan jantung. Jika mereka bersenam setiap hari, mereka akan dapat mengawal dan mencapai kawalan gula darah yang bagus.
Selain daripada usaha ibu bapa, penjaga, doktor dan kanak-kanak yang mempunyai kencing manis, gula darah tidak akan dapat dikawal dengan amat baik. Dalam kalangan yang berjangkitan Kencing Manis Jenis 1, memang akan terdapat waktu insulin kekurangan atau terlalu banyak untuk keperluan badan dan gula darah akan menjadi terlalu tinggi atau rendah.
Salah satu masalah yang bayak berlaku dalam kalangan orang mengambil insulin ialah gula darah rendah, atau hipoglikemia. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa bagi seseorang yang merngabil insulin, ia juga akan berlaku dalam sesetengah kejadian – contohnya apabila seseorang makan lebih kurang atau bersenam lebih banyak.
Dalam kalangan orang yang berjangkitan dengan kencing manis, suntikan insulin yang berulang kali akan menjadikan kulit lebih tebal atau tisu lemak berkumpulan di bawah kulit, ‘lipodystrophy’ (atau ‘lipohypertrophy’). Ini akan berlaku sekiranya suntikan dilakukan di tempat yang sama. Orang ramai dinasihati supaya menyuntik di tempat yang berlainan. Juga terdapat kes yang insulin disuntik di kawasan kulit yang ‘lipodystrophy’ tidak dapat diserap ke dalam saluran darah. Ini akan menyebabkan masa yang lebih panjang diperlukan untuk insulin berfungsi.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.