Garis panduan untuk penggunaan insulin

fb

April 5th, 2023

Garis panduan untuk penggunaan insulin

1. Bagaimanakah menyimpan insulin?

Insulin yang belum digunakan (baharu) – Simpan insulin baharu di dalam peti sejuk atau di dalam periuk tanah liat dikuburkan dalam pasir sejuk
Insulin yang telah dibuka (sedang digunakan) – insulin yang sedang digunakan boleh disimpan di suhu bilik (dalam tempat yang gelap dan sejuk di bawah 30’c) selama 30 hari
Jangan mendedahkan insulin kepada cahaya mata atau suhu tinggi. Jangan letakkan insulin di luar atau dalam kereta pada cuaca panas atau dekat dengan periuk masak.
Jangan membekukan insulin! jangan letakkan insulin di dalam peti sejuk beku.
Jangan gunakan insulin jika ia tamat tempoh.
Periksa vial atau kartrij dengan teliti untuk memastikan insulin kelihatan normal sebelum mengisikannya di dalam picagari.

Petunjuk:

  • Simpan vial atau kartrij insulin ekstra di dalam kotok di peti sejuk.
  • Tulis tarikh pada label botol insulin pada hari pertama digunakan.
  • Elakkan daripada menggoyang botol dan kartrij insulin.

2. Di manakah insulin disuntikkan?

Insulin mestilah disuntikkan ke dalam lapisan lemak di bawah kulit. Terdapat 4 kawasan yang selamat untuk suntikan:
1. Paha: Bahagian atas dan luar sahaja. Jangan gunakan bahagian dalam atau belakang paha.
2. Lengan atas: Bahagian daging di tepi dan belakang lengan. Elakkan otot dan bahu
3. Perut: Perut dari bawah tulang rusuk ke bawah garis tali pinggang.
4. Punggung: Bahagian luar, atas
Melakukan suntikan di tempat yang berbeza setiap kali, secara berpusingan. Suntikan di tempat yang sama akan menjadikan kulit bengkak.

3. Menyuntikkan insulin

insulin vial
1. Cuci dan keringkan tangan
2. Dapatkan picagari
3. Pusingkan vial insulin dengan dua tangan
4. Masukkan angin ke dalam pacagari
5. Tolakkan angin ke dalam vial dan masukkan insulin ke dalam pacagari
6. Pastikan tiada angin di dalam pacagari
7. Suntik insulin di bahagian badan yang betul
8. Buangkan pacagari di dalam bekas
9. Simpan insulin di dalam tempat sejuk

Jangan berkongsi pacagari atau jarum dengan orang lain

Pen insulin
1. Cuci dan keringkan tangan
2. Tanggalkan penutup pen
3. Tanggalkan ‘pull-tab’ dari jarum dan ‘screw’ jarum ke dalam pen
4. Dial dua unit
5. Pegang pen dengan jarum ke arah atas, tekan butang suntikan sehingga anda nampak insulin di hujung jarum. Tombol dos patut dipusingkan ke kosong selepas ini
6. Pusingkan tombol dos ke nombor unit insulin yang diperlukan
7. Dengan satu tangan, pegang pen supaya ibu jari dapat menyentuh butang suntikan.
8. Dengan tangan lain, cubit kulit di sekeliling tempat suntikan. Masukkan jarum pada 45 hingga 90 sudut darjah. Dapatkan nasihat doktor atau jururawat manakah sudut darjah terbaik. Letakkan jarum di baawah kulit, tekan butang suntikan sehingga ke kosong. Tekan selama 10 saat.
9. Keluarkan jarum. Gunakan sapuan alkohol untuk tekan selepas jarum dikeluarkan sekiranya seseorang berdarah. Jangan sapu bahagian suntikan
10. Gantikan penutup jarum sebelum keluarkan jarum daripada pen. Jangan tinggalkan jarum pada pen apabila tidak digunakan.
11. Buangkan jarum yang digunakan dalam bekas
12. Gantikan penutup pen dan simpan pen insulin di tempat sejuk

Jangan kongsikan pacagari atau jarum dengan sesiapa.

 

HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.


HelloType1 content is curated for the topics using information only taken from accredited sources such as the International Diabetes Foundation (IDF) and the International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

This content is then reviewed and adapted by a panel consisting of healthcare experts (e.g. endocrinologist, nutritionist, diabetes nurse, psychologist) and members of the South-East Asia T1D communities, helping ensure the information is appropriate in a local context.

Writers of HelloType1 content:
Anne-Charlotte Ficheroulle, Pharmacist, Digital Innovation Manager at A4D
Charlotte O’Brian Gore, Research assistant ImmunoEngineering, King’s College. UK

Content Reviewers – healthcare professionals:
Dr. May Ng, Paediatric Endocrinologist, Chief Medical Advisor A4D, UK
Dr. Yeow Toh Peng, Endocrinologist, Malaysia
Dr Jaturat Petchkul, Paediatric Endocrinologist, Thailand
Dianna Culbertson, Physician Assistant T1D care, US
Prof Dr Malene Iv, Endocrinologist, Kantha Bopha Hospital, Cambodia
Steffen Tange, Consultant Psychology, Denmark
Soe Nyi Nyi, Nutritionist, Myanmar
Lucas Lim, Dietician, Malaysia

Content Reviewers – people with Type 1 Diabetes:
Jerry Gore, Co-Founder A4D, Mountaineer, UK
Diana Maynard, T1D advocate, UK
Emelyne Carmen Ho, College Student, Malaysia
Molly Seal, College Student, UK

Content Reviewers – parents with T1D child:
Samantha Seal, Teacher, Thailand
Kim Than, Deputy Country Director – Plan International, Cambodia

https://www.diabetes.org/diabetes/medication-management/insulin-other-injectables/insulin-storage-and-syringe-safety

https://www.novonordisk.com/content/dam/Denmark/HQ/sustainablebusiness/performance-on-tbl/Acess%20to%20care/CDiC/pdf-patients/CDIC_ENG_patient_handout.pdf

https://www.healthhub.sg/live-healthy/1432/how-to-use-an-insulin-pen

https://kidshealth.org/en/teens/injection-graphic.html?WT.ac=ctg

https://www.uofmhealth.org/health-library/aa122700

Baca lagi

Apakah insulin dan apakah jenis-jenis insulin?

Apakah insulin dan apakah jenis-jenis insulin?

Apakah garis panduan untuk pemantauan gula darah?

Apakah garis panduan untuk pemantauan gula darah?

Videos

Apa itu insulin?

Apa itu insulin?

Bagaimanakah caranya untuk menyuntik dengan vial insulin?

Bagaimanakah caranya untuk menyuntik dengan vial insulin?

Bagaimanakah caranya untuk menyuntik dengan pen insulin?

Bagaimanakah caranya untuk menyuntik dengan pen insulin?

Poster



Jawab Kuiz

Hãy thực hiện các câu trắc nghiệm về insulin nhé !

A4D