1. Mengapakah kita makan dan minum?
Makanan adalah amat penting kerana ia membekalkan nutrisi untuk mengekalkan kesihatan badan kita.
Makanan adalah berasaskan tiga jenis nutrisi utama: karbohidrat, lemak dan protin, juga terdapat nutrisi kecil seperti vitamin dan zat-zat. Amat penting untuk memastikan makanan harian membekalkan semua nutrisi yang mencukupi. Kita juga patut minum air yang banyak untuk mengekalkan hidrasi badan.
– Karbohidrat: Bekalan utama tenaga untuk otak dan badan
– Protin: Membantu tumbesaran dan membaiki tisu badan
– Lemak: Membekalkan tenaga untuk tumbesaran dan aktiviti fizikal
– Vitamin & zat-zat: Mengawal fungsi badan dan memastikan kesihatan badan
2. Memahami karbohidrat untuk mengawal paras gula darah yang sihat
Orang yang berjangkitan dengan kencing manis tidak perlu mengelakkan semua karbohidrat. Namun amat penting untuk belajar cara makan jumlah karbohidrat yang betul dan mampu mengenalpastikan karbohidrat yang bagus dan buruk yang akan menjejaskan kawalan kencing manis.
Karbohidrat yang bagus seperti sayur-sayuran hijau yang mengandungi gula asli akan menaikkan paras gula darah secara berunsur. Karbohidrat yang tidak bagus seperti manisan dan minuman manis akan menaikkan gula darah secara cepat sangat.
Dengan menjaga keseimbangan antara karbohidrat, insulin dan senaman, anda akan membantu mereka yang berjangkitan dengan kencing manis untuk menikmati makanan dan menjaga kesihatan pada masa yang sama.
Di manakah kita boleh mendapatkan karbohidrat?
– Gandum dan kanji: contohnya nasi, jagung, ubi kentang, labu atau keladi
– Susu dan produk tenusu: seperti susu lembu atau soya
– Fruits: seperti betik, nans, tembikai atau oren
– Sayur tanpa kanji: seperti terung, cucumber, sayur hijau atau cendawan
– Makanan dan minuman manis: seperti coca cola, jus buah-buahan, susu manis, gula-gula, kek, biskut Makanan segara dan gula adalah bahaya! Merean akan menaikkan paras gula darah secara terlampau!
3. Indeks glisemik
Selepas makan, masa untuk badan kita menukarkan karbohidrat dan mengeluarkan gula ke dalam saluran darah berbeza, bergantung pada jenis karbohidrat dan jenis makanan yang mengandunginya.
Sesetengah makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan paras gula darah meningkatkan dengan cepat, yang lain pula mempunyai kesan yang beransur
Indeks glisemik mengukur paras dan kelajuan makanan meningkatkan paras gula darah
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi akan meningkatkan gula darah lebih cepat berbanding dengan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Berikutlah anda akan mendapat indeks glisemik untuk kebanyakan makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan oleh orang Malaysia:
– Kategori kuning: makan lebih banyak
– Kategori jingga: makan secara sederhana
– Kategori merah: elakkan atau makan mengikuti jumlah hidangan yang dicadang
Selain daripada memberikan makanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protin dan lemak, anda juga boleh menbantu seseorang yang berjangkitan kencing manis mengawal gula darah di paras sihat dengan:
– memastikan paras gula darah diuji (4 kali sehari)
– menggalakkan mereka bersenam selama 30 minit sehari – untuk menjadi aktif!
– memastikan mereka mendapat jumlah insulin yang betul pada masa yang betul
– merancang hidangan makanan yang sihat berdasarkan jumalh karbohidrat yang dicadangkan oleh doktor/ jururawat
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.