1. How does illness affect blood glucose levels?
Mereka yang berjangkitan dengan kencing manis akan jatuh sakit, sama juga dengan orang ramai. Namun begitu, beberapa langkah perlu dilakukan untuk mengawal gula darah kerana ia akan menjadi tinggi atau rendah apabila seseorang jatuh sakit.
Paras gula darah boleh menjadi susah diramalkan apabila seseorang jatuh sakit. Anda tidak akan tahu bagaimana sakit akan menjejaskan pengawalan kencing manis. Justeru, apabila mereka yang berjangkitan dengan kencing manis jatuh sakit, amat penting untuk memeriksa paras gula darah dengan lebih kerap dan mengubahsuaikan dos insulin mengikut keperluan.
Jika seseorang yang berjangkitan dengan kencing manis jatuh sakit dengan selesema atau penyakit lain, ada atau tanpa demam, badan memerlukan energy ekstra untuk berlawan dengan kuman. Ini mungkin akan mengganggu aksi insulin.
Sel-sel mungkin memerlukan lebih banyak atau kurang tenaga untuk berfungsi. Makan, minum, memeriksa paras gula darah dan mengambil insulin adalah amat penting apabila seseorang yang berjankitan dengan kencing manis jatuh sakit.
Jika sel-sel tidak dapat tenaga yang mencukupi, atau tiada insulin yang mencukupi untuk meembantu gula masuk ke dalam sel, badan kita akan menggunakan stor sendiri (lemak dan otot) untuk membekalkan tenaga. Proses ini akan menghasilkan bahan buangan iaitu keton, yang bahaya dalam kuantiti yang tinggi.
Jika paras gula darah tinggi tidak dirawati, keton akan dihasilkan dan seseorang yang berjangkitan dengan kencing manis akan jetuh sakit dengan diabetic ketoacidosis (DKA) walupun tanpa penyakit yang dikenalpastikan.
2. Bagaimanakah saya menyediakan diri untuk hari yang jatuh sakit?
Pengetahuan cara untuk mengawal hari jatuh sakit dapat mengelakkan apa-apa masalah dan komplikasi.
Target pada waktu jatuh sakit adalah untuk:
– mengelakkan dehidrasi
– mengelakkan ketoacidosis (paras gula dan keton yang tinggi di dalam darah)
– mengelakkan hipoglikemia (paras gula darah rendah)
3. Bagaimankah mengenalpastikan keton?
Berikut adalah tanda-tanda untuk dikenalpastikan apabila keton dihasilkan oleh badan:
– Nafas yang berbau buah-buahan
– paras gula tinggi
– sentiasa masuk ke tandas
– sangat dahaga
– lebih penat
– sakit perut
– pertukaran cara pernafasan (lebih dalam)
– kekeliruan – pengsan
– rasa atau jatuh sakit
Cara yang paling bagus untuk menguji keton adalah dengan menggunakan strip ujian. Terdapat banyak orang tidak mempunyai strip pengujian keton dan mesin di rumah. Klinik lokal atau pun pusat kesihatan mungkin dapat membuat demikian.
4. Apakah yang patut saya lakukan apabila seseorang berjangkitan Kencing Manis Jenis 1 jatuh sakit?
Sila mengikuti garis panduan apabila jatuh sakit:
– JANGAN HENTIKAN INSULIN!
– Dos insulin mungkin perlu dinaikkan atau dikurangkan, bergantung pada paras gula darah dan makanan
– Melakukan pemeriksaan gula darah sebanyak 3-4 kali setiap jam jika mempunyai strip pengujian
– Jika tidak dapat melakukan ujian gula darah di rumah, pergilah pusat kesihatan lokal untuk pemeriksaan
– Memastikan minum air yang mencukupi
Contoh minuman yang sesuai untuk kanak-kanak pada waktu sakit: air, sup. Mengalakkan mereka untuk minum minuman yang sikit (1/2 cawan setiap jam). Elakkan minuman berkafein yang boleh menyebabkan dehidrasi seperti soda, teh dan kopi.
– merawati demam
– Menggalakkan untuk makan hidngan utama seperti biasa. Jika tidak dapat makan, pastikan dia minum air atau karbohidrat untuk mengelakkan gula darah rendah.
Pemeriksaan keton kencing atau darah adalah sangat penting. Insulin ekstra sentiasa diperlukan untuk mengawal paras gula darah (kecuali penyakit menyebabkan hipoglikemia)
Dalam kes paras gula darah tinggi dengan ketiadaan atau sikit keton: -> memberikan 5-10% daripada jumlah insulin seharian seperti insulin ‘short’ atau ‘rapid acting” dan berulang setiap 2-4 hours
Dalam kes paras gula darah tinggi dengan sederhana atau banyak keton: -> memberikan 10-20% daripada jumlah insulin seharian seperti insulin ‘short’ atau ‘rapid acting” dan berulang setiap 2-4 hours
Jika seseorang muntah, inilah tanda kekurangan insulin dan diabetic ketoacidosis (DKA). Sila berhubung dengan doktor segera atau pergi ke klinik/ hospital lokal.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.