1. Bagaimanakah Kencing Manis Jenis 1 menyebabkan komplikasi penglihatan?
Mereka yang mempunyai kencing manis jenis 1 adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit mata yang bernama retinopati diabetik yang akan menjejaskan penglihatan.
Jia gula darah sentiasa tinggi, ia akan merosakkan saluran darah. Apabila ia menjejaskan saluran darah mata, ia akan membawa kesan kepada bekalan darah ke retina (bahagian mata yang membantu kita untuk melihat).
Apabila saluran darah ini rosak, retina tidak akan mendapat darah yang diperlukan dan tidak dapt berfungsi secara biasa. Maksudnya seseorang yang berjangkitan dengan kencing manis tidak akan melihat dengan jelas dan mungkin menjadi buta.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kehilangan penglihatan jika tanda-tanda ditangkap awal. Amat penting untuk mengawal paras gula darah dalam target untuk mengelakkan komplikasi. Pemeriksaan mata tahunan dapat mengesan masalah penglihatan awal, sebelum seseorang menjadi buta.
2. Apakah masalh mata boleh berlaku?
– Katarak, ketebalan dan kekaburan lens mata yang mengkaburkan penglihatan atau menjadikan seseorang susah untuk melihat pada waktu malam
– Glaukoma, apabila tekanan menjadi semakin tinggi dalam mata, ia akan mengurangkan bekalan darah ke retina dan saraf optik dan merosakkannya. Selama-lamanya, jika tidak dirawati, glaukoma akan menbawa kepada kehilangan penglihatan.
– Retinopati diabetik, yang merangkumi penukaran dalam retina akibat daripada kerosakan atau masalah tumbesaran di dalam saluran darah kecil retina.
3. Mengesan masalah mata awal
Cara terbaik untuk mengetahui bahawa seseorang mempunyai masalah penglihatan adalah dengan mendapat pemeriksaan mata oleh seorang doktor mata. Kerosakan mata akan berlaku walaupun penglihatan masih nampak bagus. Ini tiada kaitan dengan cermin mata.
Amat penting untuk mengesan masalah mata secara awal dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan kebutaan. Untuk itu, mereka yang berjangkitan dengan kencing manis perlu mempunyai saringan mata setiap tahun. Ini berbeza daripada ujian mata yang dilakukan oleh pakar optik yang membantu orang dengan cermin mata atau kanta sentuh.
Apakah saringan mata untuk orang yang berjangkitan dengan kencing manis? Seseorang pakar mata akan mengambil gambar setiap mata untuk mengesan tukaran kepada retina dan juga tanda-tanda retinopati dalam anak anda.
Jika dikesan awal, terdapat rawatan untuk mengelakkan kehilangan penglihatan. Seseorang doktor boleh berbincang masalah tersebut dengan keputusan saringan mata tahunan.
4. Cara untuk mengurangkan risiko masalah mata
– mengawal paras gula darah
– mendapatkan saringan mata setiap tahun
– mengesan perbezaan pengihatan seperti: kekaburan (pada waktu malam), bentuk terapung dalam penglihatan atau sensitiviti terhadap cahaya
– ikutlah panduan makanan sihat dan elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat buruk seperti minuman manis, manisan dan makanan ringan seperti kerepek kentang
– menggalakkan supaya bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dan cuba untuk bersenam bersama. Kesihatan anda juga penting, jadilah jangan lupakan diri anda.
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.