Apakah Kencing Manis Jenis 1?
Kencing Manis Jenis 1 ialah sejenis penyakit yang menjejaskan badan kita menggunakan glukosa. Glukosa ialah sejenis gula dan juga sumber utama tenaga badan kita. Badan kita memerlukan gula untuk berfungsi.
Begitulah cara badan kita patut berfungsi:
“Selepas kita makan, gula dari makanan akan memasuki saluran darah kita. Pankreas akan menghasilkan sejenis hormon, iaitu insulin yang membantu glukosa untuk memasuki sel-sel badan. Dengan itu, badan kita akan mendapat tenaga yang diperlukan.”
Jika seseorang berjangkit dengan Kencing Manis Jenis 1, badannya tidak dapat menghasilkan insulin atau menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Tanpa insulin, gula daripada makanan tidak dapat memasuki sel-sel badan dan berkumpul di dalam saluran darah. Gula yang terlalu banyak menyebabkan seseorang jatuh sakit sekiranya tidak dirawati..
2. Apakah tanda-tanda Kencing Manis Jenis 1?
Apabila seseorang berjangkit dengan diabetis, mereka sentiasa:
- kerap kencing kerana badan cuba mengeluarkan gula yang ekstra melalui kencing
- minum air yang banyak untuk menggantikan air yang keluar melalui kencing
- makan banyak kerana lapar sebab kekurangan tenaga yang didapati daripada makanan (gula)
- kekurangan berat badan kerana badan menggunakan lemak dan otot sebagai tenaga kerana tidak dapat menggunakan gula dengan biasa
- rasa penat kerana badan tidak dapat menggunakan gula sebagai sumber tenaga
Tanda-tanda lain ialah:
- nafas berbau buah
- penglihatan kabur
- sakit perut
- loya atau muntah
- tidak sedar diri
- bernafas dengan cepat
3. Apakah rawatan untuk Kencing Manis Jenis 1?
Suntikan insulin ialah hanya rawatan Kencing Manis Jenis 1. Pengujian glukosa darah, perancangan makanan dan bersukan adalah juga penting untuk mengawal Kencing Manis Jenis 1.
Bagaimanakah Kencing Manis Jenis 1 dijangkiti?
Para saintis tidak memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan Kencing Manis Jenis 1, tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti, termasuk risiko genetik (keturunan).
Sebagaimana yang kita tahui, seseorang yang berjangkit dengan kencing manis tidak menyebabkannya dan tiada cara ia dapat dielakkan.
5. Bagaimanakah Kenicng Manis Jenis 1 menjejaskan kehidupan kita?
Seseorang yang berjangkiti Kencing Manis Jenis 1 masihlah manusia yang sama. Dengan rawatan yang sesuai, mereka dapat menikmati kehidupan yang panjang dan bermakna. Mereka boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Termasuklah:
- Sekolah
- sukan
- bekerja
- berkahwin dan mempunyai anak- anak pada masa depan
HelloType1 content is based on published, internationally recognised guidelines and then reviewed by local experts to ensure it fits local context. The translation is based on simplified English language to ensure it conveys the safest and clearest possible message in regional languages. Basic insulin and blood glucose testing access is still an issue in the South-East Asia region and our chief aim is to address this. HelloType1 content is not intended to replace the advice of individual healthcare professionals but as a collaborative tool to help them improve the outcomes of disadvantaged people with Type 1 Diabetes in the region.