Misi Kami

Untuk memperkasakan komuniti Diabetes Jenis 1 dengan menyediakan maklumat yang boleh mereka capai untuk menambah baik hasil rawatan dan kualiti hidup.

Dianggarkan* terdapat lebih daripada 10,000 pesakit muda Diabetes Jenis 1 di seluruh Asia Tenggara. Untuk meneruskan kehidupan yang lebih sihat, adalah penting untuk pesakit diabetes memahami keadaan mereka dan dididik tentang amalan pengurusan terbaik.

Ramai daripada mereka yang tinggal beratus-ratus kilometer dari hospital dan perjalanan untuk berjumpa dengan seorang doktor pakar boleh jadi amat membebankan dari segi kewangan dan emosi. Oleh itu, kebiasaan mendidik orang ramai dengan pengedaran risalah di klinik-klinik, meskipun dilakukan dengan tujuan terbaik, masih mempunyai capaian yang terhad.

Namun, sejak sedekad yang lalu, capaian internet di Asia Tenggara meningkat secara mendadak dan generasi muda semakin cenderung untuk melayari internet dengan pelbagai tawaran untuk telefon dan data mudah alih yang murah. Oleh itu, capaian digital setempat dan mampu untuk digunakan adalah cara yang paling efisien untuk mendampingi komuniti Diabetes Jenis 1.

A4D telah melancarkan HelloJenis1, program yang julung kali diadakan untuk menyediakan maklumat yang tepat dan amalan pengurusan terbaik tentang Diabetes Jenis 1 di dalam bahasa tempatan. Sasaran kami adalah untuk melaksanakan HelloJenis1 di 8 buah negara, menjelang 2024 bagi membantu menyelamatkan dan memperkasakan puluhan ribu nyawa.

*Anggaran berdasarkan IDF atlas edisi ke9 data 2019 dan data internal A4D.

Mendidik. Mendampingi. Memperkasa

  • MENDIDIK

    HelloType1 menyediakan maklumat asas Diabetes Jenis 1 dalam format yang jelas dan menarik, membantu kedua-dua pesakit dan penjaga meningkatkan kefahaman mereka tentang penyakit ini.

  • MENDAMPINGI

    HelloType1 menghimpunkan komuniti Diabetes Jenis 1 melalui sosial media, memupuk suasana interaktif dan positif di mana mereka boleh menangani cabaran mereka.

  • MEMPERKASA

    HelloType1 memberi pengetahuan kepada para pesakit untuk menjalani kehidupan yang sejahtera dan aktif bersama Diabetes Jenis 1

Bagaimana kandungan HeloJenis1 disusun

Kandungan HeloJenis1 merangkumi 8 topik utama. Kandungannya disusun berdasarkan maklumat yang diambil hanya daripada sumber yang diiktiraf seperti International Diabetes Foundation (IDF) dan International Society for Paediatric and Adolescent Diabetes (ISPAD).

Temui pakar kami!

Semua maklumat disusun dan dikongsi di laman sesawang dan Facebook HeloJenis1, bermakna, ianya mudah dicapai menggunakan alat peranti mudah alih atau komputer. Senarai nama penyemak isi kandungan serta sumber rujukan boleh didapati di bahagian bawah setiap artikel.

Pengesahan & Sokongan

Sebahagian daripada Action4Diabetes, sebuah badan kebajikan berdaftar di UK yang menyelamatkan dan memperkasakan pesakit muda Diabetes Jenis 1 di komuniti yang serba kekurangan di Asia Tenggara.

A4D
Learn more
A4D