Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Impian Mengatasi Diagnosis: Perjalanan Leaphy Dengan Kencing Manis Jenis 1
Disunting: 06.05.2026
Leaphy diberitahu bahawa dia menghidap diabetes Jenis 1 pada tahun 2017, ketika dia baru berusia sembilan tahun. Ia merupakan satu kejutan baginya dan menandakan permulaan satu perjalanan yang sangat tidak dijangka. Pada mulanya, diagnosisnya menimbulkan pelbagai emosi. Dia berasa keliru, hilang arah, serta bimbang tentang masa depan dirinya. Namun, walaupun dengan penuh ketakutan, dia memutuskan untuk belajar menguruskan kondisi dirinya dan tetap menjalani kehidupan yang diimpikan.
Mempelajari cara kawal diabetes bukanlah perkara mudah. Leaphy perlu memeriksa bacaan gula dalam darah beberapa kali sehari, yang bermaksud dia perlu mencucuk jari untuk menguji darah. Empat kali dalam sehari, dia akan cucuk insulin kepada dirinya sendiri, dengan teliti menyelaraskan dos dengan pemakanan dan aktivitinya. Walaupun rutin ini menakutkan pada awalnya, lama-kelamaan ia menjadi sebahagian daripada kehidupannya—seperti mengikat tali kasut atau menggosok gigi sahaja.
Walaupun dia bertekad untuk hidup tanpa ada batasan, kadangkala dia berasa bimbang. Dia takut akan perkara seperti penurunan gula yang tidak dijangka, lantas membuat dia berasa pening dan lemah. Dia turut risau tentang tanggungjawab seumur hidup untuk menguruskan kesihatannya dengan teliti, ekoran sedar dengan hanya kesilapan kecil boleh membawa kesan besar.
Namun, Leaphy memiliki impian yang besar. Dia tidak mahu diabetes mengawal masa depannya. Dia ingin berjaya dalam pelajaran malah turut bercita-cita untuk menjadi seorang model. Dia mahu mengikut minat tanpa rasa terhalang oleh keadaannya. “Ia hanya sebahagian daripada diri saya,” dia sering mengingatkan dirinya. “Bukan keseluruhan diri saya.”
Leaphy tidak melalui perjalanan ini sendirian. Ibu bapanya sentiasa ada di setiap langkah, mempelajari cara kawal diabetes bersama-sama dengannya. Mereka memantau kadar gula darah normal atau tidak secara bersama serta meraikan setiap kejayaan kecil, seperti mendapatkan bacaan yang baik atau mempelajari kemahiran baru dalam penjagaan diri. Rakan-rakannya juga membantu, mengingatkannya untuk memeriksa tahap gula atau memastikan dia rasa dialu-alukan di dalam setiap aktiviti. Profesional kesihatan turut memberi sokongan, membimbingnya melalui naik turun dalam pengurusan diabetes. Dengan sokongan ini, Leaphy sedar bahawa dia tidak perlu menanggung beban diabetes seorang diri.
Tong berusia sekitar tujuh tahun ketika dia benar-benar memahami apa yang dimaksudkan untuk hidup dengan ciri ciri diabetes jenis 1. Daripada berasa keseorangan atau malu, dia menerima diabetes sebagai bahagian semula jadi dalam hidupnya. Ketika kanak-kanak lain belajar cara hidup yang asas, Tong dengan yakin menyuntik insulin di hadapan rakan sekelasnya. Dia juga mengambil langkah tambahan untuk mengajar rakannya cara cucuk insulin, sekiranya dia memerlukan bantuan mereka suatu hari nanti. "Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu untuk disembunyikan," katanya. "Diabetes telah bersama saya selama yang saya ingat-ia hanya sebahagian daripada diri saya."
Dia juga menjadi lebih memahami, mengetahui bahawa setiap orang menghadapi cabaran. Penjagaan dan kebaikan yang diterimanya membuatkan dia menyedari kuasa mempunyai sistem sokongan yang kuat, dan kini dia cuba menawarkan sokongan yang sama kepada orang di sekelilingnya.
Leaphy mahu orang muda lain yang menghidap kencing manis jenis 1 tahu bahawa mereka tidak bersendirian. "Menguruskan diabetes adalah sukar," katanya, "tetapi anda boleh melakukannya. Ini tidak bermakna impian anda itu tidak akan dapat dicapai." Dia turut menggalakkan mereka untuk kekal positif, meminta bantuan apabila memerlukan, dan terus mengejar perkara yang mereka sukai.
Kisah Leaphy bukan hanya tentang hidup dengan ciri ciri kencing manis jenis 1—ia tentang kehidupan secara maksimum, dengan harapan, kebahagiaan dan keberanian. Dia tahu akan ada hari yang sukar, tetapi dia juga percaya bahawa dengan keazaman dan sokongan yang betul, dia boleh menghadapi sebarang cabaran. Dan itulah mesej yang dia ingin kongsikan: tidak kira apa jua halangan yang mendatangi, anda lebih kuat daripada yang anda fikirkan.
Bagi Leaphy, kehidupan dengan diabetes bukan sahaja mengenai jarum dan nombor—ia mengenai mencari kekuatan, mengejar impian dan mencari kegembiraan di sepanjang perjalanannya.