Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Mengapa haid menyebabkan gula darah tinggi pada wanita yang menghidap Diabetes Jenis 1?
Disunting: 29.05.2026
Bagi wanita yang berada di dalam lingkungan usia reproduktif,mengalami haid yang teratur adalah sebahagian daripada proses semulajadi.Namun,apa yang penting perlu dipertimbangkan adalah kita juga hidup dengan diabetes.Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah paras gula darah boleh meningkat pada masa-masa tertentu sepanjang bulan, terutama semasa kitaran haid anda.Jika anda perasan peningkatan gula dalam darah ini benar-benar terjadi, bukan secara kebetulan.Ia adalah sesuatu yang penting untuk difahami:Haid sebenarnya menyumbang kepada paras gula darah lebih tinggi dari biasa.
Mari kita lihat satu persatu supaya mudah difahami.
Apa yang berlaku dalam badan anda?
4 Fasa Kitaran Haid anda:
1.Fasa Menstruasi - Ini adalah apabila haid anda bermula. Tahap hormon adalah rendah, dan gula darah mungkin bermula untuk stabil.
2.Fasa Folikel - Hormon Estrogen meningkat pada peringkat ini, membantu badan anda menggunakan insulin dengan baik.Sesetengah orang mendapati gula darah mereka mudah diuruskan pada fasa ini.
3.Ovulasi - Ini adalah ketika badan anda melepaskan telur matang.Tidak semua orang menyedari perubahan besar dalan gula darah mereka pada masa ini.
4.Fasa Luteal - Hormon Progesteron meningkat, dan bagi kebanyakan orang,ini adalah masa yang rumit.Anda mungkin menyedari gula darah lebih tinggi, lebih letih, lebih lapar dan murung.Fasa ini boleh berlaku kira-kira 2 minggu sebelum haid bermula semula.
Jika anda menghidap Diabetes Jenis 1 atau Jenis 2, perubahan hormon akan menyebabkan badan anda bertindak balas secara berbeza kepada insulin.Ini bermakna rutin biasa anda tidak bekerja dengan cara yang sama sepanjang kitaran anda.
Menghidap diabetes boleh menyebabkan:
- Kitar haid tidak teratur
- Tidak mengalami ovulasi
- Haid Pertama lewat (Menarce tertunda)
- Menopause Awal
Perubahan-perubahan ini bergantung kepada bagaimana diabetes mempengaruhi tahap hormon anda - terutama hormon estrogen dan progesteron.
1. Catat semuanya. Gunakan aplikasi penjejak haid bersama dengan log glukosa.Ini dapat membantu anda melihat corak dan melaraskan insulin anda, makanan dan aktiviti yang anda perlukan.
2.Bersikap Baik terhadap diri sendiri. Jika gula darah anda adalah tinggi sebelum tiba haid anda,itu bukan salah anda.Badan anda bekerja dengan kuat!
3. Berbincang dengan doktor anda - Jika keadaan bertambah sukar untuk diuruskan, jumpa doktor dan pendidik diabetes anda.Mereka boleh menyesuaikan semula rancangan anda.
4. Bina Skuad Sokongan Anda—bercakap atau berhubung dengan orang lain yang menghidap diabetes. Berkongsi pengalaman dapat membantu anda berasa kurang keseorangan.
Haid dan gula darah anda adalah saling bergantung lebih dari yang anda jangka. Memahami badan anda adalah langkah pertama perlu diambil untuk menjaga kesihatan anda. Anda pasti boleh— dan anda tidak keseorangan menghadapi semua ini.