Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Bebas daripada had pemakanan dan Gaya Hidup Diabetes Jenis 1
Disunting: 06.05.2026
Pernahkah anda merasa seolah-olah Diabetes Jenis 1 (T1D) ialah ‘bos’ yang tidak kelihatan dan sentiasa mengawal hidup anda 24/7?
Pada awalnya,itu memang perasaan sebenar. Dalam banyak komuniti Asia, T1D jarang dibincangkan secara terbuka dan sering disalah anggap. Namun percayalah, anda tidak keseorangan, dan perjalanan hidup anda tidak terhenti di sini. Sama ada anda menyesuaikan makanan demi tradisi keluarga atau menghadapi stigma secara senyap-senyap, perjalanan T1D anda adalah perkara penting.
Diperkenalkan: Ron Aves. Beliau didiagnos menghidap T1D pada tahun 2017. Kata beliau:
“Seperti T1D itu sendiri, perubahan pada pemakanan dan gaya hidup betul-betul membuatkan saya terkejut. Saya tiada pilihan melainkan perlahan-lahan menyesuaikan diri jika ingin hidup seperti biasa. Saya masih ingat betapa beratnya perasaan saya apabila menerima diagnosis itu, dan tahun tersebut terasa amat kelam buat saya. Untuk sesiapa yang baru memulakan perjalanan ini, saya memahami perasaan anda. T1D ialah maraton, bukan pecutan. Matlamat anda ialah mencari apa yang paling sesuai dengan diri anda dan anda akan dapat membina hubungan yang sihat dengan T1D.”
Ramai penghidap T1D bukan sekadar mampu bertahan, malah boleh berjaya dan cemerlang. Walaupun ada yang sukar mendapat rawatan atau sokongan, ramai komuniti T1D di Asia berusaha untuk terus berjuang, secara senyap-senyap, penuh keberanian, pada setiap hari.
Sambil anda terus membaca, mungkin anda akan menemukan jawapannya.
Ayuh, mari kita teliti bagaimana sains menyokong pilihan yang anda boleh buat sehari-hari.
Pengurusan T1D bukan semata-mata tentang insulin. Ia meliputi penjagaan diri secara menyeluruh — makan dengan betul, banyakkan bergerak, tidur yang berkualiti, menjaga kesihatan mental, elakkan merokok, serta mencari sokongan apabila perlu. Penghidap T1D perlu berbincang bersama pasukan kesihatan bagi menghasilkan pelan rawatan yang realistik serta mudah diikuti (adaptasi daripada American Diabetes Association, 2017).
Berdasarkan ilmu sains, berikut ialah beberapa tip yang disyorkan oleh pakar dan organisasi seperti ADA.
PENGIRAAN KARBOHIDRAT membantu penghidap T1D melaraskan dos insulin berdasarkan jumlah karbohidrat yang dimakan, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan makanan sambil mengekalkan paras gula did dalam darah dengan lebih stabil. Matlamatnya adalah untuk membantu penghidap T1D—dan mereka yang berisiko—memahami bagaimana pemakanan sihat boleh mengurangkan risiko diabetes dan komplikasi kesihatan lain yang serius.
Karbohidrat memberikan kesan paling besar kepada paras gula di dalam darah, tetapi kajian juga menunjukkan lemak, protein dan indeks glisemik turut mempengaruhinya dan wajar diambil kira ketika mengira dos insulin. Masa pengambilan insulin juga penting, contohnya ketika waktu menyuntik insulin beberapa minit sebelum makan untuk membantu kawalan gula selepas makan.
Pemakanan sihat bukan sekadar tentang kandungan gula di dalam darah—ia membantu anda berasa lebih bertenaga dan membina hubungan yang lebih positif dengan makanan. Pilihan makanan yang bijak membekalkan tenaga yang seimbang dan menyokong pengurusan diabetes harian anda.
ASAS PEMAKANAN SIHAT (diadaptasi daripada Tips for Eating Well (n.d.):
Penuhi separuh pinggan anda dengan sayur-sayuran tidak berkanji.
Pilih sumber protein tanpa lemak atau berasaskan tumbuhan.
ertakan bijirin penuh, buah-buahan, sayur berkanji dan tenusu rendah lemak.
Hadkan gula tambahan dan makanan proses.
Tambah lemak sihat seperti kekacang dan minyak zaitun.
Minum air kosong atau minuman tanpa kalori.
Tip T1D untuk kekal aktif
Gaya hidup anda sangat penting! Jawatankuasa Amalan Profesional American Diabetes Association (2025) berkongsi beberapa tip yang berguna untuk golongan muda yang menghidap T1D:
LEBIH BANYAK BERGERAK, LEBIH RASA BERTENAGA: Aktiviti fizikal membantu meningkatkan tenaga, menstabilkan gula di dalam darah dan menyokong kesihatan secara menyeluruh.
KURANGKAN DUDUK, BANYAKKAN BERGERAK: Hadkan masa dengan skrin kepada kurang daripada 2 jam sehari. Kurang duduk = kawalan gula dan mood yang lebih baik.
MOOD PUN PENTING: Pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti secara aktif boleh mengurangkan stres. Langkah berbual dengan ahli terapi dapat membantu anda memahami bagaimana fikiran, emosi dan tindakan saling berkait untuk buat anda berasa lebih baik.
SEMAK RUTIN ANDA: Corak tidur, kerja syif dan tabiat hujung minggu boleh mempengaruhi paras gula di dalam darah, berat badan dan banyak lagi aspek kesihatan.
Sebaik sahaja anda didiagnos mengalami T1D, tabiat dan gaya hidup yang sihat perlu dititikberatkan — khususnya corak pemakanan yang membolehkan anda hidup dengan selesa dan tetap dapat menikmati hidup, walaupun anda menghidap T1D.
Pengalaman hidup dengan T1D selalunya menjadikan anda lebih peka akan kesihatan diri. Garis panduan sememangnya membantu, tetapi peraturan yang terlalu ketat tidak semestinya sesuai untuk semua orang.
Annie Lugay, yang telah mengalami T1D selama 43 tahun, berkongsi kisah beliau:
“Saya tidak percaya kepada sekatan makanan yang terlalu ketat — saya cuma kekal peka dan berhati-hati.”
Jadi, bagaimanakah caranya?
Berikut ialah tip utama daripada Annie:
MAKAN DENGAN BIJAK, SESUAIKAN DENGAN HIDUP ANDA: “Saya kira kandungan karbohidrat, pantau saiz hidangan dan laraskan suntikan insulin saya apabila perlu. Kalau saya makan lebih, saya akan lebih banyak bergerak. Saya tetap menikmati makanan, tetapi saya pastikan ia serasi dengan keperluan saya — terutamanya pada waktu malam, kerana saya akan hadkan karbohidrat kepada sekitar 15–30 gram.”
BANYAKKAN BERGERAK, WALAUPUN SEDIKIT: “Duduk terlalu lama boleh menyebabkan paras gula saya naik. Jadi, saya tetapkan masa dan ambil rehat selama 5 minit untuk melakukan regangan ringan, berjalan laju tiga kali seminggu, buat pergerakan ringan, atau sasarkan 5,000 langkah sehari.”
HARGAI TIDUR ANDA: Tidur adalah pengubah-keadaan.Saya tidur jam 9 atau 10 p.m dan dapat tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam.Tidur yang baik = bacaan gula dalam darah yang baik. Saya menganggap rehat sebagai pelan penjagaan saya, bukan kemewahan.
Hidup dengan T1D bukan mudah—tetapi tidak mengapa.Anda tidak perlu memikirkan semuanya.
Ron Aves,kini 9 tahun menghidap T1D,berkongsi:
"Sembilan tahun mengajar saya tentang jika terlalu memikirkan kepada perkara yang mempengaruhi paras gula dalam darah saya,masih ada kalanya saya salah dan saya tidak tahu puncanya.Tetapi tidak mengapa,walaupun anda belum bersedia untuk mempercayainya.
Ini adalah perkara yang memberi perbezaan yang besar pada saya:
MEREKOD JADUAL SAYA : Berapa banyak insulin yang saya ambil,apa yang saya makan, dan apakah bacaan gula dalam darah saya selepas itu.Jangan ragu untuk menambah faktor lain seterusnya - bermula dengan perkara yang kecil.
AKTIVITI FIZIKAL YANG BERKALA: Berjalan,berlari atau mengangkat berat; apa sahaja yang anda rasa mudah untuk anda.
HUBUNGAN DAN KOMUNITI: Cari seseorang untuk berbual tentang susah payah anda.Tiada ganjaran untuk memikul beban ini sendirian,"
Yang penting adalah hidup bersama T1D,bukan hidup untuknya.
Hadapi segala dugaan
Kita makan dengan baik untuk berasa sihat.
Kita bertindak untuk kekal kuat
Kita bukan sahaja bertahan-tetapi kita berkembang.Anda juga pasti boleh.