Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Diabetes Jenis 1 dan keibuan: Mengapa menunjukkan kelemahan menjadikan saya ibu yang kuat

Disunting: 29.05.2026

Anita Sabidi

A passionate type 1 diabetes advocate, Indonesia

Mitos Ibu yang Hebat: Menerima kelemahan menghidap Diabetes Jenis 1

Keibuan sering digambarkan sebagai kisah kekuatan,ketahanan dan pengorbanan yang tidak berkesudahan.Sebagai seorang ibu, kita dianggap menjadi tulang belakang kepada keluarga— seseorang yang melakukan semuanya bersama tidak kira apa pun yang terjadi.Tetapi hidup dengan Diabetes Jenis 1 selama lebih dari 20 tahun telah mengajar saya yang menjadi ibu bukan bermakna perlu menyembunyikan kelemahan diri. Malah, antara pengajaran yang sangat berharga yang saya boleh kongsikan dengan anak-anak saya adalah ibu bukanlah seorang wanita yang hebat.Saya boleh menjadi kuat, dan saya juga boleh menjadi lemah. Dan itu adalah tidak mengapa.

Diabetes Jenis 1 adalah urusan keluarga : Apabila ritual harian menjadi memori zaman kanak-kanak.

Setiap hari bersama diabetes adalah tindakan yang seimbang.Menguruskan insulin,memeriksa gula darah, dan keadaan yang tidak disangka boleh dirasai seperti membawa beban yang tidak kelihatan.Namun,perjalanan ini bukan milik saya seorang—ia menjadi urusan keluarga.Anak-anak saya membesar menyaksikan tatacara harian saya dengan menyuntik insulin dan pemantauan gula darah.Perkara yang menjadi rutin kepada saya adalah sebahagian dari kenangan zaman kanak-kanak mereka, dapat membentuk bagaimana mereka memahami penjagaan,tanggungjawab dan empati.

"Tutupi Mama"!: Bagaimana anak-anak saya menjadi pengawal peribadi saya

Salah satu kenangan manis apabila tiba masa untuk menyuntik insulin di khalayak ramai.Tanpa diminta,secara nalurinya anak-anak saya mengambil posisi mengelilingi saya, menjadi pelindung saya dari pandangan ingin tahu."Tutupi mama!" kata mereka,sambil membentuk bulatan perlindungan semasa saya menyuntik.Dalam detik singkat itu, saya lihat kasih sayang mereka,kesedaran mereka dan kesediaan untuk mengambil peranan sebagai penyokong.Mereka adalah pengawal peribadi saya, dan saya hargainya lebih dari kata-kata yang tidak terungkap.

Mengapa berkongsi keperluan saya adalah pengajaran tentang kekuatan,bukan beban

Mungkin sesetengah orang berfikir yang kanak-kanak tidak sepatutnya memikul tangggungjawab seperti itu.Tetapi saya melihatnya secara berbeza.Dengan berkongsi kelemahan saya kepada mereka,saya memberi pengajaran yang penting tentang kehidupan kepada mereka:kekuatan itu bukanlah tentang berpura-pura menjadi lemah tetapi tentang mengakui keperluan kita dan meminta sokongan.Mengambil berat tentang satu sama lain bukanlah beban,tetapi perbuatan cinta.

Kebenaran lebih daripada kesempurnaan: Apa yang anak- anak saya ajarkan tentang daya tahan Diabetes Jenis 1

Menjadi seorang ibu yang juga menghidap diabetes menunjukkan kepada saya yang tidak perlu memenuhi tahap kehidupan yang mustahil untuk menjadi wanita yang hebat.Anak-anak saya tidak memerlukan kesempurnaan; tetapi kebenaran.Mereka perlu melihat yang manusia perlu berusaha, untuk menerima, dan terus berjuang walaupun menghadapi cabaran.Mereka perlu tahu yang ketahanan datang bukan dari menyangkal kelemahan, tetapi menerimanya.

Jadi, ya,Saya seorang ibu yang menghidap diabetes. Saya seorang pengasuh,malah saya juga seorang yang memerlukan penjagaan.Dan di dalam perkongsian perjalanan ini, saya dan anak saya belajar bersama-sama - yang keluarga bukan tentang seorang yang melakukan semua, tetapi tentang memberikan sokongan antara satu sama lain melalui suka duka kehidupan.

Kesimpulan

Akhir sekali, saya berharap anak-anak saya membesar dengan memahami kebenaran: yang kekuatan terbesar ibu mereka bukanlah menjadi manusia luar biasa, tetapi menjadi yang sebenar.

ikon Penafian: