Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
T1D & kepelbagaian keadaan kronik | "Apabila kehidupan semakin rumit: Mengurus Diabetes Jenis 1 dan keadaan kronik yang lain"
Disunting: 01.06.2026
Hidup dengan Diabetes Jenis 1 (T1D) adalah pekerjaan sepenuh masa.Ditambah dengan kedaan kronik yang lain, dan ia seperti menggunakan peta yang terus berubah.
Anita dari Indonesia sangat memahami jalan ini. Dengan kejujuran, semangat dan kekuatan, beliau menempuh jalan yang berliku ini.
T1D sedia maklum adalah sukar,kadangkala ia membawa penyakit autoimun bersama.
Menurut Popoviciu et al. (2023), ramai penghidap T1D juga mengalami keadaan berkaitan— autoimun,yang boleh memberi kesan kepada perasaan mereka, rawatan yang mereka perlukan dan kualiti hidup jangka— panjang mereka.
Contoh biasa termasuk:
Penyakit Seliak (Masalah pencernaan berkenaan gluten)
Vitiligo (Masalah kehilangan tona kulit asal akibat tindakbalas imun)
Autoimun Gastritis ( Masalah keradangan lapisan perut)
Keadaan Rheumatic (Masalah menjejaskan otot dan sendi)
Keadaan berkaitan dengan hormon seperti gangguan paratiroid
Tanya diri anda, bukankah hidup dengan T1D dianggap sukar?
Ditambah dengan penyakit asthma, penyakit seliak dan sakit sendi.Itu tahap yang lebih sukar.
Mari berkenalan dengan Anita Sabidi.Didiagnosis dengan T1D pada tahun 1998, Anita juga menghidapi penyakit seliak, arthritis rheumatoid dan asthma, sambil mengharungi hidup dengan cekal.
"Menguruskan semua ini seperti memeriksa gula darah,kekal bebas-gluten,mengambil ubatan untuk keradangan dan mengurus asma saya.Setiap keadaan memberi kesan kepada yang lain, oleh itu penjagaan diri terasa seperti permainan strategi sepenuh masa.
Apabila ubat asma meningkatkan bacaan gula darah:
"Ubat asma saya mengandungi steroid yang boleh meningkatkan gula darah saya.Jika gula darah naik,sistem imun saya akan lemah.Saya akan mudah mendapat jangkitan.Kadangkala, saya perlukan tangki oksigen sepanjang hari untuk bernafas dengan baik.
Apabila doktor bekerja sebagai satu pasukan:
"Pakar endokrin akan memimpin kerana T1D adalah keadaan utama saya.Pakar yang lain pula akan menyelaras.Saya sayang pasukan doktor saya!Mereka berada di hospital yang sama, jadi komunikasi lebih lancar. Itu sangat membantu."
Apa yang membuatkan dia terus berusaha:
"Walaupun dengan semua cabaran, saya telah memperolehi kesedaran — diri tentang badan saya, yang membuatkan saya semakin kuat."
Bagaimana autoimun dan keadaan kronik mempengaruhi gula darah:
"Secara jujurnya, ya boleh. Ubat untuk asma dan sakit sendi, terutama steroid, boleh menyebabkan gula darah tinggi.Walaupun ketika saya mengurus T1D dengan baik,serangan daripada keadaan yang lain boleh menghentikan semuanya. Ia menjadi rutin harian untuk disesuaikan, mengesan dan belajar untuk percaya apa yang tubuh anda sampaikan,"
Bagaimana dia mengatur ubat-ubatan:
Ia seperti menguruskan jadual harian. Setiap ubat perlu diambil mengikut masa dan keperluan. Ada yang perlu diambil selepas makan, sementara ada yang tidak. Ada segelintir ubat yang memberi kesan kepada paras gula darah,dan ada yang tidak sama sekali. Saya bekerja dengan doktor saya dan pegawai farmasi untuk memastikan semuanya kekal seimbang.
Di Indonesia,hal ini selalu terjadi di klinik kesihatan atau puskesmas,iaitu yang lebih umum di seluruh negeri, tetapi mempunyai akses yang terhad kepada pakar kesihatan.Dari puskesmas, saya akan dirujuk ke Hospital A atau B untuk rawatan lanjut.
Apakah aspek yang paling penting? "Saya tumpukan perhatian apabila badan saya memberi isyarat,'Saya berasa sangat terbeban.' Itulah isyarat untuk saya berehat seketika dan menilai semula."
Malah seorang pejuang juga ada batasnya. Inilah apa yang Anita lakukan apabila keadaan terlalu berat.
"Kita semua pernah mencapai ke tahap itu. Apabila ia berlaku, saya kembali kepada asas.Bukannya kesempurnaan, tetapi adalah praktikal dan berbaik dengan diri sendiri."
Berikut apa yang Anita sarankan "balik kepada asas":
kurangkan pengambilan karbo apabila paras gula darah tidak terkawal
Kekal di rumah ketika pencemaran udara tinggi untuk melindungi paru-paru
Gunakan tangki oksigen ketika sukar bernafas
Gunakan tongkat atau kerusi roda apabila sakit sendi menyerang
Ambil makanan ala-Asia yang sederhana,seimbang dan dimasak di rumah seperti tempe atau tauhu dengan sayuran yang dikukus atau sup ikan.
Ambil makanan ala-Asia yang sederhana,seimbang dan dimasak di rumah seperti tempe atau tauhu dengan sayuran yang dikukus atau sup ikan.
Pilih sup jernih, mi shirataki, atau beras indeks-glisemik-rendah untuk memastikan hidangan lebih ringan dan berkhasiat.Boleh juga menggunakan mi gelatin Jepun atau beras perang.
Mengharungi ujian dan kesilapan,Anita telah menjumpai ritma yang sesuai, rutin yang membuatnya kekal kuat walaupun pada hari yang sukar.
Berikut rutin yang berkesan untuk Anita:
Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti
Minum banyak air
Gerakkan badan anda mengikut cara yang anda rasa selamat dan berfaedah
Urus stres anda sebaiknya
Pilih makanan yang ringkas dan berkhasiat
Kekal konsisten dengan ubat-ubatan dan pemeriksaan kesihatan
Tabiat harian ini dapat membina asas yang kukuh tanpa memerlukan rawatan yang mahal.
Masih tertanya-tanya adakah kehidupan perlu dipenuhi dengan keadaan-keadaan ini?
"Sudah tentu. Semuanya ok.Saya perlu membuat pelan sandaran dan minta bantuan apabila perlu.
Saya dapat merasai kebahagiaan pada kemenangan yang kecil. Dan saya masih kuat, terutama untuk anak-anak saya.Di dalam budaya kami, keluarga adalah keutamaan.Perjuangan saya kini bukan hanya untuk saya,ianya untuk mereka.Itulah sebabnya KENAPA saya terus berjuang."
Apabila orang bertanya sama ada keadaan autoimun lain boleh dielakkan, Anita berkongsi, "Sesetengahnya, mungkin? Tidak semua keadaan autoimun dan kronik boleh dicegah. Gen,tekanan dan persekitaran semuanya memainkan peranan."
Namun, apa yang membantu adalah kekal berwaspada. Dapatkan saringan awal.Cari kumpulan yang boleh menyokong anda.
"Saya sudah menerima kenyataan yang saya ada keadaan ini.Daripada saya melawan mereka, lebih baik saya berdamai dengannya. Bukan kerana ia mudah, tetapi kerana saya ingin hidup bahagia. Untuk diri saya dan untuk keluarga saya,"
Saranan Saringan
Individu yang menghidap T1D adalah disarankan menjalani saringan untuk keadaan tiroid autoimun dan isu autoimun yang lain sejurus didiagnosis dan saringan seterusnya terutama sekali apabila ada gejala dan tanda amaran muncul.(Bahagian 4 :Comprehensive Medical Evaluation and Assessment of Comorbidities,2024)