Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Kisah Tong Yang Bersemangat Kental Dan Bersikap Positif

Disunting: 06.05.2026

Anne-Charlotte Ficheroulle

Pharmacist, Education Manager, A4D

Tong berusia sekitar tujuh tahun ketika dia benar-benar memahami apa yang dimaksudkan untuk hidup dengan ciri ciri diabetes jenis 1. Daripada berasa keseorangan atau malu, dia menerima diabetes sebagai bahagian semula jadi dalam hidupnya. Ketika kanak-kanak lain belajar cara hidup yang asas, Tong dengan yakin menyuntik insulin di hadapan rakan sekelasnya. Dia juga mengambil langkah tambahan untuk mengajar rakannya cara cucuk insulin, sekiranya dia memerlukan bantuan mereka suatu hari nanti. "Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu untuk disembunyikan," katanya. "Diabetes telah bersama saya selama yang saya ingat-ia hanya sebahagian daripada diri saya."

Pandangan positif ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada impiannya, bukan hanya kesihatannya. Tong kini sedang belajar subjek Kemanusiaan, dalam jurusan Bahasa Inggeris, dan dia berharap untuk membina kerjaya yang memberinya kebebasan serta kepuasan, sekali gus membenarkan dia menjalani kehidupan dengan syaratnya sendiri.

Tong berusia sekitar tujuh tahun ketika dia benar-benar memahami apa yang dimaksudkan untuk hidup dengan ciri ciri diabetes jenis 1. Daripada berasa keseorangan atau malu, dia menerima diabetes sebagai bahagian semula jadi dalam hidupnya. Ketika kanak-kanak lain belajar cara hidup yang asas, Tong dengan yakin menyuntik insulin di hadapan rakan sekelasnya. Dia juga mengambil langkah tambahan untuk mengajar rakannya cara cucuk insulin, sekiranya dia memerlukan bantuan mereka suatu hari nanti. "Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu untuk disembunyikan," katanya. "Diabetes telah bersama saya selama yang saya ingat-ia hanya sebahagian daripada diri saya."

Tong berterima kasih kepada individu dalam hidupnya, iaitu ibu bapa, doktor dan rakan-rakannya, yang tidak pernah mengasingkan atau membuatkan dia berasa berbeza. Mereka melihat dia untuk siapa dia yang sebenarnya, bukan hanya untuk kondisi perubatannya.

Hidup dengan diabetes telah mengajar Tong lebih daripada cara memeriksa bacaan gula dalam darah; malah ia juga telah membentuk peribadinya. Dia memahami betapa pentingnya untuk konsisten, mengetahui bahawa kehilangan dos atau mengabaikan kesihatannya boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Rasa tanggungjawab ini memberi kesan lebih daripada sekadar kesihatannya, ia mempengaruhi cara dia menguruskan pelajaran, persahabatan dan matlamatnya.

"Diabetes mengajar saya untuk menjadi lebih berdisiplin," jelas Tong. “Rasa tanggungjawab ke atas kesihatan saya telah dibawa ke bahagian lain dalam hidup saya. Ia tidak mudah, tetapi saya tahu saya boleh menjalani kehidupan normal dan mengikuti impian saya.”“T1D taught me to be more disciplined,” Tong reflects. “Being responsible for my health has carried over to other parts of my life. It’s not easy, but I know I can live a normal life and follow my dreams.”

Melalui pengalamannya, Tong berharap dapat menggalakkan orang lain, terutamanya golongan dengan ciri-ciri diabetes di usia muda, untuk melihat melebihi kondisi mereka. Mesejnya jelas: “Anda boleh menjalani kehidupan dengan maksimum dan mencapai impian anda. Kekal positif, jaga diri dan kelilingi diri anda dengan orang yang menyokong anda.”

Dia juga memberitahu tentang menjadi baik dan sabar dengan diri sendiri. "Mari kita ingat bahawa membandingkan diri kita tidak akan membantu kita untuk berkembang. Hanya kerana orang lain berjaya mencapai sesuatu, bermakna juga mesti boleh. Perjalanan setiap orang adalah unik, dan setiap cabaran adalah nyata. Kita semua perlu melakukan yang terbaik. Jika anda sudah penat, berehatlah. Apabila anda sudah bersedia, teruskan ke hadapan. Usah berdiam diri—maju ke depan dan teruskan!”

Kisah Tong adalah peringatan bahawa diabetes, atau sebarang keadaan kesihatan, tidak perlu menjadi kayu ukur terhadap pencapai yang boleh dicapai oleh seseorang. Dengan pemikiran yang positif, sokongan padu, dan keazaman, hidup boleh sahaja dipenuhi dengan kebahagiaan, peluang dan kejayaan.

ikon Penafian: