Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Melawan keletihan dan tekanan akibat Diabetes Jenis 1 : mengapa kesihatan mental adalah dalam penjagaan diabetes
Disunting: 29.05.2026
Baru-baru ini, saya melawat wad psikiatri untuk berjumpa dengan seorang wanita yang menghidap Diabetes Jenis 1 yang telah cuba membunuh diri.Gula darahnya tinggi,tetapi angka pada glukometer hanyalah sebahagian dari kisah ini.Di sebalik angka-angkaitu ada kisah yang jauh lebih menyayat hati—bertahun-tahun dicaci,rasa malu,kekurangan pemahaman dari keluarganya,dan rasa beban yang berat untuk menguruskan diabetes sendirian.
Seperti kebanyakan orang muda yang menghidap Jenis 1, dia menjalani keadaan yang memerlukan perhatian 24/7. Tetapi,dia juga menghadapi dengan sesuatu yang jauh lebih dalam:pengasingan emosi.Apabila diabetes bukan sekadar beban fizikal tetapi adalah peringatan harian yang semua yang dibuat dianggap "salah," ia boleh menghakis semangat yang paling kuat.
Dia suka makanan manis.Saya katakan padanya tidak mengapa.Dengan Diabetes,bukan bermakna menyekat keseronokan.Kita boleh menikmati apa yang kita suka—gantikan nasi di dalam hidangan,seimbangkan dengan insulin,belajar tentang pengiraan karbohidrat.Tetapi inilah perkara—yang tiada sesiapa pernah memberitahunya.Dia masih belum memahami sepenuhnya bagaimana nisbah insulin-kepada-karbohidrat bekerja.Tiada sesiapa meluangkan masa untuk menjelaskannya.
Dia berasa gagal dalam menguruskan diabetesnya.Tetapi kebenarannya? Sistem penjagaan kesihatan telah membuatnya gagal.
Namun di sebalik semua ini,dia menyerlah.Dia minat bersukan—terutama larian dan sukan badminton,sukan kegemaran yang dikongsi bersama ayahnya, seorang bekas atlet.Dia menyimpan impian.Dia memberitahu saya dia merancang menukar jurusan pengajiannya sekarang kepada sesuatu yang lebih sesuai untuknya. Dia mempunyai harapan,dan perancangan.
Namun harapan sahaja tidak memadai.
Kesihatan mental adalah teras kepada penjagaan diabetes.Kita tidak boleh bercakap tentang HbA1c dan dos insulin tanpa bercakap tentang rasa malu,bersalah,kebimbangan dan kemurungan. Penghidap diabetes bukan sekadar pesakit—mereka adalah seseorang yang cuba menjalani kehidupan yang penuh sambil menguruskan beban yang tidak kelihatan setiap hari.
Kita perlu lakukan yang lebih baik dalam:
Mendidik keluarga menjadi penyokong,bukan pengkritik
Melatih penjaga kesihatan profesional menyaring kesihatan mental
Cipta ruang selamat yang mana penghidap diabetes boleh bebas bersuara—tanpa takut di hakimi.
"Kepada setiap orang yang berasa seperti tenggelam ke bawah permukaan "keadaan menguruskan"—anda tidak bersendirian.Kisah anda penting.Dan penyembuhan bukan datang daripada insulin—ia datang daripada pemahaman,perhubungan,dan penjagaan.
Mari kita berusaha ke arah dunia yang tiada sesiapa yang menghidap diabetes Jenis 1 menderita dalam diam.