Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Alkohol dan Diabetes Jenis 1

Disunting: 13.05.2025

Kara Winney

Former Project manager HelloType1, A4D

1.Apa yang anda perlu tahu tentang Diabetes Jenis 1 dan Minuman Alkohol

Alkohol ialah ubat rekreasi yang biasa diambil, tersedia secara sah bergantung kepada umur dan lokasi anda.

Sila semak undang-undang tempatan berkenaan pengambilan minuman alkohol dan peringkat umur yang sah dibenarkan minum.

Seperti semua ubat, alkohol mempunyai risiko dan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan, kesejahteraan dan perhubungan setiap individu.

Kesan pengambilan alkohol boleh menyebabkan seseorang sukar untuk membuat keputusan dan membuatkan anda tidak stabil; fizikal dan mental.

Sekiranya anda menghidap Diabetes Jenis 1, anda masih boleh minum alkohol tetapi terdapat tinggi risiko untuk tahap glukosa darah anda menjadi tidak stabil.

Jadi, adalah penting untuk mengetahui tentang risiko pengambilan minuman beralkohol supaya anda boleh mencegah dan mengelakkan situasi berbahaya.

2. Minuman Alkohol dan Hipoglisemia

Alkohol boleh menjejaskan tahap glukosa darah anda, yang boleh menyebabkan hipoglisemia.

Jenis alkohol yang berbeza mempengaruhi gula darah dengan cara yang berbeza. Contohnya, bir dan wain manis mempunyai banyak karbohidrat yang akan meningkatkan gula darah. Arak keras (seperti wiski, vodka dan gin) boleh menyebabkan hipoglisemia. Itulah sebabnya penting untuk penghidap Diabetes Jenis 1 berhati-hati dengan pengambilan minuman alkohol.

Apabila anda minum alkohol, hati anda menganggap ia adalah toksin yang perlu diproses.

Hati anda biasanya mengeluarkan sedikit glukosa ke dalam aliran darah anda yang diseimbangkan oleh insulin tindakan panjang.

Semasa hati sibuk mengeluarkan alkohol dari badan anda, ia akan berhenti mengeluarkan glukosa, yang menyebabkan anda berisiko mengalami hipoglisemia semasa minum alkohol.

Pada mulanya, tahap glukosa darah anda boleh meningkat disebabkan kandungan gula dalam beberapa minuman alkohol dan kemudian menurun apabila hati anda mula memproses alkohol.

Anda/rakan anda mungkin tidak menyedari tanda-tanda dan gejala hipoglisemia kerana ia mungkin kelihatan sama seperti ketika anda mabuk.

Ini menyukarkan anda atau rakan anda untuk mengesan hipoglisemia dan anda mungkin terlepas gejalanya. Ini amatlah berbahaya kerana anda mungkin tidak mendapat bantuan yang betul dengan secepatnya.

Tanda dan simptom hipoglisemia boleh termasuk rasa goyang, berpeluh, pening, sakit kepala, menangis, geram, lapar, mengantuk, kekeliruan, degupan jantung yang cepat dan kebas di sekitar bibir dan jari.

Jika anda merasakan simptom ini, anda perlu menyemak tahap glukosa darah anda. Jika bacaan glukosa darah anda < 4mmol/L / 72 mg/dl, segera rawat hipoglisemia dengan mengambil makanan ringan dalam kit anda.

Untuk maklumat lanjut tentang cara mengenal pasti dan merawat hipoglisemia, lihat artikel kami di sini

3. Petua untuk minum alkohol dengan selamat bagi penghidap Diabetes Jenis 1

Satu tips penting mengenai Diabetes Jenis 1 dan alkohol ialah anda perlu memeriksa glukosa darah anda; sebelum, semasa dan selepas minum minuman alkohol.

Ini memandangkan anda akan lebih berisiko mengalami hipoglisemia apabila anda berada di luar rumah, terutamanya jika anda menari atau lebih aktif daripada biasa!

Pastikan sekurang-kurangnya seorang yang bersama anda mengetahui anda menghidap Diabetes Jenis 1 dan tahu cara merawat hipoglisemia serta mengingatkan anda untuk memeriksa paras glukosa darah anda.

  • Makan sedikit karbohidrat sebelum minum dan jangan sekali-kali minum semasa perut kosong.

  • Teruskan makan snek berkarbohidrat selang beberapa jam semasa anda minum.

  • Satu lagi perkara penting yang perlu diingat tentang Diabetes Jenis 1 dan alkohol ialah anda perlu minum perlahan-lahan, kawal diri anda dan pertimbangkan untuk minum segelas air kosong selepas setiap kali mengambil minuman alkohol.

  • Ketahui kandungan karbohidrat pada minuman anda.

  • Minuman pracampuran boleh meningkatkan tahap glukosa darah anda terlalu tinggi selepas minum. Sebaiknya, elakkan minuman ini kerana ia menyukarkan anda untuk mengetahui kandungan gula.

  • Jangan sekali-kali berhenti mengambil insulin.

  • Periksa tahap glukosa darah anda sebelum tidur.

  • Makan snek sebelum anda tidur dan ingat bahawa badan anda akan terus memproses alkohol walaupun selepas anda berhenti minum!

  • Pastikan 'Hypo Kit' atau kit rawatan berada dalam jangkauan katil anda supaya anda boleh mengambilnya pada waktu malam, jika perlu.

  • Tetapkan penggera atau minta ahli keluarga memeriksa tahap glukosa darah anda pada waktu malam.

  • Kekal terhidrat pada hari berikutnya dan teruskan memantau tahap glukosa darah anda serta mengambil insulin seperti biasa.

4. Bila seseorang yang menghidap Diabetes Jenis 1 tidak boleh minum alkohol?

Anda tidak boleh minum alkohol apabila ia bukan menjadi pilihan anda untuk minum, atau jika anda berasa tertekan untuk meminum alkohol. Diabetes Jenis 1 dan alkohol adalah perkara yang sukar untuk diuruskan, jadi jika anda boleh mengelakkan minum alkohol, anda harus berbuat demikian.

Apabila kawalan diabetes anda berbeza-beza dan anda sering mengalami paras glukosa darah yang tinggi dan rendah.

Jika anda mengalami kerosakan saraf atau penglihatan yang berkaitan dengan Diabetes Jenis 1 anda.

Apabila anda berlebihan berat badan, sebaiknya elakkan atau hadkan alkohol.

Jangan sesekali minum semasa perut kosong. Sentiasa pastikan anda mengambil sedikit karbohidrat dalam hidangan atau snek sebelum anda mula minum.

Jangan sesekali minum seorang diri. Beritahu rakan anda atau sesiapa yang tahu anda menghidap Diabetes Jenis 1. Mereka boleh mengawasi anda jika anda memutuskan untuk minum."

ikon Penafian: