
Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Keluarga dan Hubungan bagi Penghidap Diabetes Jenis 1
Disunting: 17.03.2025
Hidup dengan Diabetes Jenis 1 boleh memberi kesan kepada hubungan keluarga, dengan rakan atau pasangan romantis.
Menguruskan Diabetes Jenis 1 dengan keluarga, rakan dan pasangan romantik boleh membantu mengurangkan rasa keseorangan. Ia boleh menyebabkan anda menjadi lebih rapat dan mengukuhkan ikatan yang telah anda kongsi.
Komunikasi yang kerap dan terbuka adalah penting dalam mana-mana perhubungan supaya anda boleh menyokong antara satu sama lain.
Anda perlu menyedari bahawa Diabetes boleh memberi kesan terhadap hubungan anda serta terdapat isu yang boleh timbul. Ini akan membantu anda mengurus detik sukar dalam perhubungan anda dengan lebih baik.
Persaingan adik beradik
Bagaimanakah Diabetes menjejaskan hubungan keluarga, terutamanya dalam kalangan adik-beradik? Menghidap Diabetes Jenis 1 boleh bermakna anda mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa anda. Ini kerana, anda perlu kerap ke hospital dan memerlukan penjagaan lebih teliti. Adik-beradik anda mungkin berasa tersisih atau tidak gembira kerana perkara ini. Ini boleh menjadi sebab kerenggangan hubungan antara ahli keluarga.
Anda juga mungkin berasa tidak adil apabila ahli keluarga bersikap tegas terhadap anda. Contohnya, mengehadkan apa yang anda makan dan perkara lain yang perlu anda lakukan untuk mengekalkan kawalan Diabetes Jenis 1 yang baik. Ingatlah bahawa ini adalah kerana mereka sayang dan mahu anda kekal sihat dan bahagia.
Libatkan adik-beradik anda dengan pengurusan Diabetes Jenis 1 anda dan jemput mereka ke hospital bersama anda untuk menjadikannya lebih menyeronokkan! Ini boleh membantu mengurangkan kesan negatif Diabetes terhadap hubungan keluarga.
Kongsikan laman web HelloType1 dan halaman Facebook kami dengan mereka! Dengan ini, mereka dapat memahami Diabetes Jenis 1 atau juga dikenali sebagai Kencing Manis Jenis 1dengan lebih baik dan kesannya terhadap anda.
Ibu bapa yang telah berpisah
Mempunyai ibu bapa yang telah berpisah mungkin sukar untuk dihadapi oleh sesiapa sahaja. Adalah sukar untuk mengurus secara praktikal dan dengan emosi.
Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai semua alat pengurusan Diabetes dan ubat-ubatan bersama anda. Bawa kesemuanya bersama anda apabila ke rumah ibu atau bapa anda. Ibu bapa anda juga harus membantu dalam perkara ini.
Catat bacaan glukosa darah dan dos insulin dalam diari anda supaya kedua ibu bapa anda mendapat maklumat yang betul dan terkini.
Hubungan keluarga besar
Apabila anda disahkan menghidap Kencing Manis Jenis 1 , adalah wajar untuk datuk dan nenek, ibu saudara, bapa saudara anda, dan ahli keluarga yang lain untuk turut berasa sedih dan bimbang! Ini boleh membantu mengurangkan kesan negatif Diabetes terhadap hubungan keluarga.
Sesetengah ahli keluarga besar mungkin keliru tentang Diabetes Jenis 1 dan maksudnya terutamanya jika mereka berasal dari generasi atau budaya yang berbeza.
Kongsikan laman web HelloType1 dan halaman Facebook kami dengan mereka! Mereka boleh membaca atau mendengar untuk mengetahui maklumat tentang Diabetes Jenis 1 dan apakah kesannya terhadap anda.
Kadang-kadang mendidik semua orang tentang perkara ini adalah meletihkan, jadi anda boleh gunakan HelloType1 untuk membantu anda!
Hubungan Romantik
Menghidap masalah perubatan seperti Diabetes Jenis 1 tidak bermakna anda tidak boleh 'dating' atau menjalinkan hubungan percintaan.
Jujurlah dengan pasangan anda tentang keadaan anda. Reaksi mereka terhadap perkara ini sebenarnya boleh memberitahu anda jika mereka adalah pasangan yang sesuai untuk anda.
Cari pasangan yang terbuka untuk belajar tentang Kencing Manis Jenis 1 dan boleh memahami anda. Mereka boleh menyokong anda dalam menguruskan keadaan anda. Ini adalah salah satu cara menguruskan kesan Diabetes terhadap perhubungan.
Jemput mereka bersama-sama ke temu janji hospital anda dan kongsikan laman web HelloType1 dan halaman Facebook kami untuk melibatkan mereka dalam pengurusan Diabetes Jenis 1 anda.
Jika anda mahu, anda boleh berkahwin dan membina keluarga seperti orang lain!
Rakan-rakan
Menghidap Kencing Manis Jenis 1 tidak bermakna anda tidak boleh berkawan dan terlibat dalam acara dan aktiviti sosial yang menyeronokkan!
Bersikap jujur dengan rakan-rakan adalah penting dan reaksi mereka terhadap keadaan anda boleh memberitahu anda sama ada mereka akan menjadi kawan yang baik.
Beritahu rakan rapat anda tentang pengurusan Diabetes Jenis 1, mereka boleh membantu dan menjaga anda! Mereka harus memahami dan sentiasa memberikan sokongan.
Kongsikan tentang laman web HelloType1 dan halaman Facebook kami untuk mendidik dan melibatkan mereka dalam pengurusan Diabetes Jenis 1 anda.
Walaupun menghidap Diabetes Jenis 1, anda masih boleh mempunyai hubungan keluarga yang sihat, bahagia dan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan rakan dan pasangan romantik anda.
Ingat, jangan segan untuk meminta bantuan dan menerima sokongan daripada keluarga, rakan, pasangan dan pasukan perubatan anda. Ia boleh mengurangkan tekanan dan mereka boleh berkongsi beban dengan anda. Anda tidak bersendirian."