Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Strategi untuk memastikan pengurusan Diabetes Jenis 1 di rumah dan tempat kerja berjaya

Disunting: 17.03.2025

Phong Nguyen

HelloType1 Coordinator Vietnam, A4D

1. Strategi cara merawat Diabetes: Keseimbangan antara kerja dan kesihatan

Sebagai seorang profesional yang hidup dengan Diabetes Jenis 1, bagaimana anda boleh mengimbangi kerja dan kesihatan? Orang yang terbaik untuk bercakap bagi pihak anda sendiri adalah ANDA. Langkah pertama adalah mampu menerima keadaan diri dan percaya bahawa anda boleh menjalani kehidupan yang normal dan bahagia sepenuhnya. Menguruskan keadaan Diabetes kita di tempat kerja, seperti memeriksa tahap glukosa dalam darah (glukosa darah), memberi insulin dan merekodkan apa yang kita makan, mungkin kelihatan terlalu remeh untuk dikendalikan. Tetapi jika anda merangka strategi Diabetes yang baik, anda akan dapat melakukan semua perkara itu, dan banyak lagi. Di bawah ialah beberapa petua berkaitan Diabetes Jenis 1 yang mungkin anda ingin cuba. Anda mungkin dapat menemui gabungan terbaik antara kerja dan kehidupan peribadi dengan cara bercakap dengan orang lain dan membuat perancangan lebih awal.

2. Cara merawat Diabetes perlu ada perancangan dan keutamaan

Menghidap Diabetes Jenis 1 boleh membuat anda berasa tertekan apabila memikirkan semua perkara yang perlu anda lakukan untuk cara merawat Diabetes. Salah satu cara untuk memulakan strategi Diabetes yang berkesan adalah dengan mengambil langkah-langkah kecil bagi membantu anda membiasakan diri dengan perkara-perkara rutin dan menjadikan kehidupan lebih mudah untuk anda dari semasa ke semasa. Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membuat perancangan lebih awal. Siapkan makanan anda lebih awal dan simpan makanan ringan atau gula-gula di tempat yang mudah dicapai sekiranya tahap glukosa dalam darah anda menurun. Anda juga boleh memastikan paras gula darah anda kekal stabil sepanjang hari dengan menetapkan pengambilan insulin berdasarkan jadual kerja anda. Namun, semua orang tahu bahawa kehidupan boleh berubah dengan cepat, itulah sebabnya anda perlu dapat menyesuaikan rancangan anda dan menguruskan Diabetes dengan baik. Jika paras atau tahap glukosa dalam darah anda tidak berfungsi dengan baik, jangan takut untuk berehat atau mengubah perkara yang perlu anda lakukan di tempat kerja bagi memulihkan kesihatan anda. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk anda mengutamakan diri sendiri dan kesihatan anda. Walaupun sibuk bekerja, penting untuk diingat agar anda mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor, melakukan ujian gula darah dengan kerap, dan berjumpa dengan pasukan penjagaan kesihatan untuk pemeriksaan. Ambil rehat dan bersenam. Ia baik untuk badan anda, rakan anda dan emosi anda.

3. Memperjuangkan keterangkuman dan kepelbagaian

Langkah seterusnya dalam strategi Diabetes anda adalah memikirkan cara terbaik untuk memenuhi matlamat dan keperluan anda di tempat kerja. Ini bermakna persiapkan ruang di atas meja anda untuk perkara seperti gula-gula, insulin, pemantau glukosa dan jalur ujian. Pastikan tempat anda untuk menyuntik insulin selesa jika anda perlu melakukannya semasa hari bekerja. Beritahu secara jujur dengan orang yang bekerja bersama anda. Ia boleh membuatkan anda berasa lebih selamat dan selesa. Berkongsi perkara yang anda perlukan, perasaan anda dan perkara yang boleh berlaku dengan rakan sekerja akan membuatkan mereka memahami anda dan cara merawat Diabetes Jenis 1 dengan lebih baik, serta menjawab sebarang persoalan yang ada pada mereka. Dengan cara ini, akan wujud lebih banyak keterbukaan, kepelbagaian dan keterangkuman di tempat kerja anda.

4. Cara merawat Diabetes, anda perlu jaga kesihatan mental

Tekanan mental untuk hidup dengan keadaan kronik ini adalah wujud, dan perlu dipertimbangkan dalam strategi Diabetes anda. Kesihatan mental anda sama pentingnya dengan kesihatan fizikal, jadi jaga diri anda jika anda berasa sedih, tertekan atau cemas. "Jangan berpura-pura seolah-olah anda okay, tetapi cuba fahami dan terima perasaan anda sekarang." Ini boleh membantu anda menjadi lebih baik dengan cepat dan kurang berdepan dengan masalah jika dapat menangani isu utama. Jika kita tidak mengambil berat tentang isu sebenar, kesihatan dan tekanan anda mungkin boleh menjadi lebih teruk seiring dengan berlalunya masa. Terima semua perasaan anda dan lakukannya secara sihat dengan melakukan perkara seperti bersenam, bermeditasi, mendengar muzik atau hanya meluangkan sedikit masa untuk berehat. Jangan takut untuk meminta bantuan jika anda rasa terlalu banyak beban. Rakan sekerja, kawan-kawan dan keluarga anda ada di sisi untuk menyokong anda secara mental.

5. Cara merawat Diabetes anda, cari kelompok dan berhubung dengan komuniti Diabetes

Bebanan berterusan yang dialami bagi menguruskan cara merawat Diabetes Jenis 1 boleh menyebabkan keletihan teruk (burnout) dan menyukarkan anda untuk menguruskan Diabetes. Jadi, cara merawat Diabetes adalah dengan bertenang dan berhubung dengan komuniti Diabetes Jenis 1 lain untuk mendapatkan sokongan. Mencari orang yang mengalami keadaan yang sama seperti anda dan berhubung dengan mereka mungkin akan membuatkan anda berasa lebih selesa dan merasa diri anda sebahagian daripada komuniti. Berbaloi untuk anda mencari orang yang boleh memahami perasaan anda dan membantu anda berasa lebih baik. Jadi, cari kelompok atau sekutu anda dan sayangi mereka baik-baik!

6. Tahu nilai anda

Akhir kata, jangan sesekali lupa bahawa anda adalah seorang manusia yang patut dihormati dan bermaruah. Anda mempunyai hak yang sama seperti orang lain di tempat kerja anda. Hubungi pasukan penjagaan kesihatan anda untuk merangka pelan sekiranya anda memerlukan kertas kerja bagi menunjukkan keperluan anda untuk sumber tambahan. Kebanyakan negara membenarkan anda bersuara untuk memastikan keperluan anda dipenuhi dan anda dilayan secara adil jika anda menghidap Diabetes Jenis 1. Walaupun berada di tempat kerja, perjalanan peribadi anda, perancangan, penetapan keutamaan, dan penjagaan diri haruslah difahami dan dihargai; dan semuanya ini menjadi sebahagian daripada strategi Diabetes anda. Sentiasa ingat bahawa anda adalah unik, dan perjalanan Diabetes Jenis 1 ini akan mengubah anda untuk menjadi lebih baik. Cari yin dan yang anda, marilah kita mencari keseimbangan dalam kehidupan. Lebih mudah jika anda mengikuti arus kehidupan, seperti menunggang ombak di lautan, daripada cuba melawannya.

ikon Penafian: