Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Dadah dan Diabetes Jenis 1

Disunting: 17.03.2025

Kara Winney

Former Project manager HelloType1, A4D

1. Apa itu Dadah dan Jenis Dadah?

Dadah ialah bahan kimia yang boleh dimasukkan oleh sesiapa sahaja ke dalam badan mereka, dan ia mengubah cara badan atau otak kita berfungsi. Dadah boleh diambil untuk rawatan perubatan atau sebab rekreasi.

2. Jenis Dadah Rekreasi

Penggunaan dadah secara rekreasi adalah menggunakan bahan kimia untuk tujuan keseronokan atau suka-suka. Alkohol, tembakau dan kafein boleh dikelaskan sebagai jenis dadah rekreasi.

Dadah rekreasi ialah ubat yang diambil tanpa sebab perubatan. Sesetengah orang juga memanggil dadah rekreasi sebagai 'ubat parti'. Contohnya seperti ganja, ekstasi, kokain dan amfetamin. Jenis dadah ini adalah haram di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Sila semak undang-undang dan peraturan tempatan mengenai penggunaan dadah.

Anda mungkin berasa seperti ingin cuba mengambil dadah untuk keseronokan atau dipaksa oleh orang di sekeliling anda.

Penggunaan dadah rekreasi mempunyai kesan dadah yang memudaratkan dan berbahaya pada badan dan minda anda, terutamanya jika anda menghidap Diabetes. Ia juga boleh memberi kesan negatif kepada pelajaran, kerja dan kehidupan sosial anda. Ia boleh menyebabkan anda menghadapi masalah dengan undang-undang. Ia juga boleh menjadi tabiat mahal yang membawa kepada isu kewangan tambahan. Jadi, jika anda penghidap Diabetes, gabungan dadah rekreasi dan Diabetes boleh mendatangkan banyak kesan buruk kepada kesihatan anda.

Jika seseorang mempunyai masalah dengan dadah, terdapat cara untuk mendapatkan bantuan.

3. Jenis Dadah Rekreasi dan Diabetes

Salah satu risiko besar jika penghidap Diabetes Jenis 1 mengambil dadah rekreasi ialah, anda berkemungkinan besar terlupa untuk mengambil dos insulin atau terlupa untuk makan dan minum. Keadaan ini boleh menyebabkan maut. Ini bermakna anda berisiko lebih tinggi untuk mengalami tahap glukosa darah tinggi dan mengalami diabetes ketoasidosis (DKA) atau menyebabkan organ dalaman anda tertutup. Jika anda mengalami simptom seperti sakit perut, nafas berbau buah, sesak nafas, muntah atau dehidrasi, anda perlu berjumpa doktor dengan segera.

Kesan lain yang boleh terjadi, anda mungkin sudah mengalami komplikasi Diabetes yang serius, tetapi tidak menyedari atau melakukan sesuatu mengenainya kerana anda mengambil dadah.

Baca lebih lanjut mengenai komplikasi Diabetes dan menguruskan hipoglisemia/hiperglisemia di sini.

Anda harus sentiasa ingat perkara berikut:

  • Ketahui apa yang anda ambil. Selidik dahulu kesan dadah sebelum memutuskan untuk mencuba dan berbincang dengan doktor anda.

  • Jangan ambil sesuatu jika anda tidak pasti apakah ubat itu.

  • Jangan sekali-kali mengambil dadah secara bersendirian. Jika anda mengambil dadah, sentiasa pastikan anda berada dengan orang yang anda percayai tidak mengambil dadah. Individu tersebut juga perlu tahu anda penghidap Diabetes Jenis 1 dan maklum akan dadah yang anda ambil.

  • Berada dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

  • Jangan sekali-kali anda berhenti mengambil insulin atau memeriksa tahap glukosa darah.

Kami amat menasihatkan supaya anda tidak menggunakan dadah rekreasi kerana ia tidak selamat dan boleh menyebabkan banyak masalah dengan kesihatan, ketagihan, kerja serta hubungan anda dengan rakan dan keluarga.

4. Kesimpulan

Dadah rekreasi dan Diabetes bukanlah gabungan yang baik. Selain daripada kemungkinan kesan kesihatan negatif yang boleh ditimbulkan oleh penggunaan dadah pada badan anda, ia juga boleh menyebabkan anda terlupa mengambil insulin atau menyuntik diri anda dengan dos yang salah. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius yang boleh dielakkan dengan mudah jika anda memilih untuk tidak mengambil sebarang dadah.

Kesan dadah terhadap diabetes juga tidak dapat diramal. Jika anda mengambil dadah, anda boleh dengan mudahnya meletakkan diri anda dalam situasi yang berbahaya. Oleh itu, perkara terbaik yang perlu dilakukan jika anda penghidap Diabetes adalah mengelak daripada mengambil dadah rekreasi.

ikon Penafian: