
Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Kanak Kanak Kencing Manis Jenis 1 Bagaimana Berjaya di Sekolah
Disunting: 17.03.2025
Menangani Diabetes Jenis 1 semasa alam persekolahan adalah penting untuk masa depan seorang kanak kanak Kencing Manis. Inilah sebabnya mengapa memahami hubungan antara Diabetes Jenis 1 dan prestasi mereka di sekolah adalah penting.
Diabetes Jenis 1 mungkin bukanlah masalah kesihatan biasa dialami oleh mereka di usia persekolahan seperti masalah kesihatan lain. Jadi, bagaimana kanak kanak Kencing Manis boleh menikmati persekitaran pembelajaran yang selamat dan gembira?
Meningkatkan pemahaman tentang Kencing Manis, yang juga dikenali sebagai Diabetes di sekolah adalah penting kerana ia adalah keadaan yang serius. Ia adalah keadaan yang akan dihidapi seumur hidup serta perlu diurus dan dijaga dengan teliti.
Diabetes Jenis 1 adalah salah satu keadaan jangka panjang yang paling biasa ditemui pada kanak-kanak pada usia persekolahan. Ini kerana ia biasanya dikesan pada kanak-kanak, golongan remaja dan orang muda. Namun, ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.
Keadaan ini memerlukan penyesuaian bagi kebanyakan ibu bapa, guru, dan terutamanya kanak kanak Kencing Manis Jenis 1 yang baru memulakan perjalanan kehidupan mereka. Adakah mereka melakukannya dengan baik di sekolah?
Kerjasama yang baik dalam kalangan guru, ibu bapa, pasukan penjagaan kesihatan, rakan sekelas dan penghidap Diabetes (PwD) boleh membantu pengurusan Diabetes yang lebih baik.
Bagi kanak-kanak, hidup dengan Kencing Manis Kanak-kanak Jenis 1 mungkin bermakna mereka perlu menyuntik insulin, memeriksa paras glukosa darah (BG), mengambil snek, minum lebih banyak air dan bersenam dengan kerap.
Kebanyakan kanak-kanak mungkin takutkan jarum dan mungkin tidak faham mengapa rakan sekelas mereka yang menghidap Diabetes Jenis 1 perlu menyuntik insulin atau mencucuk jari mereka bagi memeriksa paras glukosa darah.
Kerana mereka tidak tahu apa itu Diabetes Jenis 1, sesetengah kanak-kanak mungkin mengatakan perkara yang ganjil dan menyakitkan yang boleh menyinggung prasaan rakan mereka.
Jadi, menerangkan kepada rakan sekelas tentang Diabetes Jenis 1 boleh membantu mereka memahami keadaan ini.
Perbualan tentang Diabetes dalam kalangan rakan sekelas dan kanak kanak Kencing Manis Jenis 1, boleh membantu dalam mengendalikan situasi kecemasan. Apa-apa sahaja mungkin berlaku dalam sehari. Memandangkan Diabetes Jenis 1 dan prestasi sekolah adalah berkait, perkara ini boleh membantu pelajar yang menghidap Diabetes berjaya di sekolah.
Menyebarkan #kesedarandiabetes mungkin merupakan salah satu cara yang baik untuk mendapatkan sokongan dan membantu menukar fikiran orang ramai daripada tanggapan yang salah.
Memandangkan Diabetes jenis 1 boleh mempengaruhi prestasi sekolah, kebanyakan guru ingin memastikan pelajar dapat belajar dalam persekitaran yang selamat, gembira dan berjaya.
Untuk merealisasikan perkara ini, ibu bapa boleh meminta doktor atau jururawat mereka untuk melatih atau mendidik guru dan jururawat sekolah tentang cara menguruskan Diabetes Jenis 1. Ini membolehkan mereka membantu kanak kanak Kencing Manis Jenis 1 apabila perlu.
Kanak kanak Kencing Manis Jenis 1 dan ibu bapa mereka juga boleh meminta guru untuk mencipta ruang bilik darjah yang selamat supaya mereka dapat mengelak daripada dilabel atau dikecualikan. Jika ini berlaku ia akan membuatkan mereka berasa tidak selesa dan malu terhadap diri mereka sendiri.
Kanak-kanak yang lebih kecil juga mungkin tidak memahami sepenuhnya keadaan ini dan mungkin mudah mempercayai perkara yang tidak benar.
Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak mungkin melihat Diabetes Jenis 1 sebagai penyakit yang boleh merebak, manakala yang lain mungkin menghubungkan jarum insulin dengan ketagihan dadah.
Adalah penting bagi kanak-kanak yang menghidap Kencing Manis kanak-kanak untuk mengekalkan keyakinan diri mereka. Mereka harus cuba untuk tidak mengambil komen negatif secara peribadi. Ini kerana tidak semua orang tahu tentang Diabetes Jenis 1 secara mendalam.
Ibu bapa dan kanak kanak Kencing Manis Jenis 1 boleh meminta doktor dan guru mereka untuk pelan aktiviti yang diperibadikan semasa hari persekolahan. Ia boleh membantu mereka dalam prestasi sekolah.
Pelan ini mungkin mengandungi arahan yang jelas untuk memeriksa paras glukosa darah, mengambil suntikan insulin dan mengingatkan tentang masa makan dan pengambilan snek.
Sebaiknya, perbincangan tentang pengurusan Diabetes jenis 1 harus dijalankan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti seperti pendidikan jasmani, pergi ke lawatan lapangan atau aktiviti lain yang serupa.
Adalah penting untuk ibu bapa bercakap secara terbuka dan kerap bertemu dengan guru, jururawat sekolah dan pasukan penjagaan kesihatan anak mereka.
Doktor juga boleh membantu kanak-kanak yang menghidap Diabetes zaman kanak-kanak menangani masalah dengan meletakkan mereka dalam kumpulan sokongan dan melatih mereka.
Mengambil bahagian dalam kumpulan sokongan penghidap Kencing Manis dan kem boleh menggalakkan penghidapnya untuk belajar daripada satu sama lain, membina persahabatan yang berkekalan, dan mengambil tanggungjawab peribadi untuk keadaan yang mereka hidapi.
SUDAH TENTU! Dengan sokongan yang betul dan strategi pengurusan Diabetes, kanak kanak Kencing Manis Jenis 1 boleh berkembang maju secara akademik dan menjalani kehidupan yang memuaskan.
Terdapat begitu ramai pelajar dengan Diabetes yang cemerlang dalam akademik mereka di samping mengambil peranan aktif dalam menguruskan Diabetes mereka.
Kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1 sendiri lebih mengetahui apa yang berlaku dalam tubuh mereka. Adalah lebih baik untuk membiarkan mereka bertanggungjawab terhadap diri mereka dan tawarkan bantuan apabila diperlukan.
Secara keseluruhannya, kerjasama berpasukan dan sikap positif adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan di sekolah.
Pertimbangan lain yang berguna juga mungkin datang daripada guru, seperti; menyediakan ketidakhadiran yang fleksibel untuk lawatan doktor dan rehat untuk ke tandas.
Oleh sebab Diabetes Jenis 1 berkait rapat dengan prestasi sekolah, rancangan penjagaan peribadi dan suasana yang menyokong di sekolah, boleh membantu pelajar untuk berjaya. Pelajar yang menghidap Diabetes Jenis 1 bukan sahaja boleh berjaya dari segi akademik, tetapi juga dari segi sosial, fizikal dan mental.
Hidup dengan Kencing Manis Jenis 1 adalah sesuatu yang sukar dan boleh menjejaskan emosi dan kesihatan mental seseorang.
Tetapi jika anda boleh menguruskannya dengan baik, ia boleh menjadikan pembelajaran menyeronokkan kerana anda sudah bersedia untuk apa sahaja cabaran yang datang.
Kanak-kanak Kencing Manis Jenis 1 boleh berasa selesa untuk menyertai acara sekolah dan membina rangkaian sokongan yang kuat, terutamanya jika mereka membantu orang lain memahami situasi mereka.
Diabetes Jenis 1 tidak menghalang mana-mana pelajar daripada mencapai potensi penuh mereka.
Bahagian yang indah adalah apabila diabetes jenis 1 menjadi sebahagian daripada perjalanan pelajar ke arah pertumbuhan dalam semua bidang.