
Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Komunikasi efektif mengenai Diabetes Jenis 1 dengan guru anak anda
Disunting: 17.03.2025
Kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Jadi, guru memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar, terutamanya bagi kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1. Bagi menunjukkan sokongan terbaik dalam mewujudkan persekitaran yang selamat dan inklusif untuk kanak-kanak dengan Diabetes Jenis 1, guru-guru mungkin perlu belajar mengenai keadaan kesihatan ini. Memahami Diabetes Jenis 1 membantu guru mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat agar kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1 tidak berasa terasing.
Salah satu cara atasi Kencing Manis yang paling penting di sini ialah komunikasi berkesan dalam kalangan ibu bapa, kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1 dan guru. Di sini, kami akan menyenaraikan beberapa tips tentang cara komunikasi berkesan dengan kanak-kanak Diabetes. Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap pelajar berpeluang mendapat apa yang diperlukan untuk berasa selamat, menjadi diri mereka sendiri dan gembira.
Jika anda mempunyai anak yang menghidap Diabetes Jenis 1, adalah penting untuk anda berbincang dengan guru mereka tentang pengurusan Diabetes Jenis 1 di sekolah, supaya anak anda kekal selamat dan sihat. Langkah pertama adalah dengan memaklumkan kepada guru-guru tentang Diabetes Jenis 1 anak anda supaya mereka boleh membantu cara atasi Kencing Manis atau mengendalikan keperluan keadaan kesihatan dan situasi kecemasan anak anda. Ibu bapa boleh menunjukkan kepada guru cara membuat pemantauan glukosa darah dan menguruskan insulin. Dengan mengetahui cara atasi Kencing Manis di sekolah ini, guru mungkin bertindak pantas jika berlaku masalah, seperti memberi anak snek glukosa atau meminta bantuan dengan segera.
Dengan menggunakan imej visual, seperti yang terdapat di laman web HelloType 1, guru akan lebih memahami keadaan anak anda untuk membantu menguruskan Diabetes mereka di sekolah. Cara atasi Kencing Manis atau perkara penting lain yang perlu dipertimbangkan untuk anak anda termasuk membenarkan dia mengambil makanan ringan di dalam kelas (walaupun sebelum waktu rehat, apabila perlu), pergi untuk pemeriksaan glukosa darah secara berkala, dan menyesuaikan beberapa aktiviti fizikal.
Kata-kata daripada seseorang yang menghidap Diabetes Jenis 1, "Membuat penyesuaian dalam kegiatan harian sangat membantu kanak-kanak Diabetes untuk kekal fokus pada pelajaran. Tidak mengapa jika anda lakukannya untuk membantu diri sendiri, seperti makan (asalkan anda bertanya dahulu), terutamanya jika anda berasa lemah semasa di dalam kelas. Perubahan ini amat penting kerana tidak mengendalikan hipoglisemia atau hiperglisemia boleh membawa kepada keadaan kecemasan. Keseimbangan adalah penting untuk mendapatkan hasil yang baik daripada pembelajaran."
Akhir sekali, memaklumkan Diabetes Jenis 1 anak anda kepada guru akan menggalakkan mereka untuk menyediakan persekitaran yang inklusif dan sama rata, selain memberitahu pelajar-pelajar lain tentang keadaan tersebut. Ini akan mewujudkan persekitaran yang baik dan persefahaman di mana tiada kanak-kanak tercicir dan semuanya mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dan berjaya di sekolah.
"Hanya kerana seseorang menghidap Diabetes Jenis 1 tidak bermakna kita tidak boleh melakukan perkara yang sama. Kita boleh lakukannya! Untuk menguruskan glukosa darah dengan berkesan, kita perlu memikirkan beberapa perkara lagi. Tetapi adalah sangat penting untuk melayan semua orang dengan sama rata," ujar seseorang yang menghidap Diabetes Jenis 1.
Apabila anak anda mula didiagnosis dengan Diabetes Jenis 1, amat disarankan untuk beritahu guru jika anak anda memerlukan keistimewaan di sekolah, seperti boleh mengambil makanan ringan atau air, atau jika mereka perlu memeriksa gula darah dengan kerap. Cara atasi Kencing Manis anak di sekolah juga adalah dengan menjadualkan janji temu dengan guru untuk membincangkan rutin pengurusan Diabetes Jenis 1 anak anda. Ini dapat membantu anak anda memberi tumpuan kepada pembelajaran dan tidak terlalu risau tentang pengurusan Diabetesnya di sekolah. Memberikan guru alat pendidikan mengenai Diabetes Jenis 1 yang mudah difahami juga boleh membantu mereka mempelajari keadaan kesihatan ini dengan lebih cepat. Sekiranya guru tiada, anda boleh meminta individu kedua yang bertanggungjawab, seperti ketua sekolah, untuk menyokong dalam mengendalikan kecemasan Diabetes.
Berdasarkan sudut pandangan Diabetes Jenis 1, "Memandangkan Diabetes Jenis 1 mungkin tidak begitu diketahui, keadaan ini adalah sangat membantu apabila ibu bapa saya memberitahu guru dan jururawat saya tentang keadaan saya. Contohnya, berkongsi tentang kemungkinan situasi hipoglisemia - bagaimana guru boleh berjaga-jaga dan tahu cara untuk membantu memberikan rawatan."
Sentiasa berhubung dengan guru sepanjang tahun persekolahan boleh membantu anak anda sentiasa mengetahui kerja sekolah mereka. Mencari keseimbangan yang betul adalah kunci untuk berjaya di sekolah dan belajar dengan lebih baik. Pastikan juga guru tahu bahawa anda ada di belakang mereka dan beritahu mereka tentang sebarang kemas kini dalam pengurusan Diabetes anak anda di sekolah. Kemas kini tersebut mungkin mengenai perubahan jumlah insulin yang diambil atau pelan pemakanan anak anda, atau mungkin mengenai maklumat kecemasan anda yang terkini.
Cara atasi Kencing Manis anak di sekolah, adalah penting untuk memberitahu guru jika anak anda perlu menyuntik insulin pada masa tertentu (contohnya, 15 minit sebelum waktu makan tengah hari atau semasa makan). Ini termasuklah pemeriksaan berkala pada tahap glukosa darah dan akses mudah kepada perkara seperti pengambilan snek glukosa pantas. Jika perlu, tunjukkan kepada guru cara memeriksa gula dalam darah menggunakan glukometer. Ini akan memudahkan guru memahami cara ia berfungsi. Seboleh-bolehnya, anda boleh meminta guru menyokong anak anda dalam mengendalikan Diabetes Jenis 1 mereka walaupun mereka masih muda. Ini akan membantu mereka menjadi lebih berdikari dan meningkatkan kemahiran penjagaan diri mereka.
"Berdasarkan pengalaman, adalah perkara biasa bagi sesetengah guru untuk berasa bimbang tentang keadaan Diabetes Jenis 1 kami. Tetapi memberitahu guru saya bahawa saya baik-baik sahaja adalah sangat membantu. Kami mungkin memerlukan bantuan tambahan sekiranya berlaku kecemasan. Tetapi kami masih boleh mengambil bahagian dalam kelas pendidikan jasmani dan aktiviti lain sama seperti pelajar yang lain. Setiap kali saya melakukan latihan sukan, saya akan memberitahu jurulatih lebih awal bahawa saya mungkin perlu memeriksa tahap glukosa darah saya dan makan karbohidrat semasa rehat supaya saya tidak terlalu lemah untuk melakukan aktiviti berterusan," kata seseorang tentang cara atasi Kencing Manis Jenis 1 yang dihidapinya.
Menjadi penjaga bagi seseorang yang menghidap Diabetes Jenis 1 boleh menjadi sangat sukar dan sangat memuaskan. Sebagai seorang doktor, saya memahami kepentingan komunikasi yang berkesan apabila ia berkaitan dengan pengurusan Diabetes Jenis 1 dalam persekitaran sekolah. Bagi ibu bapa atau penjaga kanak-kanak atau remaja yang menghidap Diabetes Jenis 1, kekal berhubung dengan guru mereka adalah sangat penting untuk memastikan anak selamat dan selesa semasa berada di sekolah. Mempunyai guru yang tahu penjagaan Diabetes kanak-kanak benar-benar boleh membantu pengurusan Diabetes anak di sekolah. Ibu bapa yang bertindak memberitahu keadaan Diabetes Jenis 1 anak mereka di sekolah dan berkomunikasi dengan guru juga sedang memperjuangkan hak anak mereka untuk dilayan sama rata dan mendapat pendidikan yang terbaik.
Menghidap Diabetes Jenis 1 mungkin tidak menghalang anak anda daripada melakukan perkara yang turut dilakukan oleh orang lain. Jangan lupa untuk berterima kasih kepada guru anak anda untuk semua usaha dan cara atasi Kencing Manis yang mereka lakukan dalam membantu anak belajar dan berkembang. Berterima kasih kepada mereka atas semua usaha yang telah dilakukan untuk membantu anak anda menangani cabaran Diabetes Jenis 1 semasa di sekolah, bersama rakan-rakan anak anda. Penjaga dan guru yang bergaul mesra dan membantu antara satu sama lain boleh melakukan perubahan yang besar dalam kesihatan dan kejayaan am kanak-kanak. Sebagai ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidap Diabetes Jenis 1, anda boleh membina hubungan yang kukuh dengan guru mereka dengan memulakan komunikasi berkesan secara terbuka, memberi mereka semua maklumat yang diperlukan, bekerjasama, kekal berhubung dan memberi mereka alatan Diabetes anak yang diperlukan.