Maklumat T1D

ikon

Profesional Penjagaan Kesihatan

Tentang kita

Jangkitan COVID 19 dan Diabetes Jenis 1

Disunting: 06.05.2026

Kara Winney

Former Project manager HelloType1, A4D

1. Apa yang anda perlu tahu tentang jangkitan COVID 19 dan Diabetes

Menghidapi Diabetes Jenis 1 TIDAK menjadikan anda lebih mudah dijangkiti COVID-19. Ini adalah tanggapan yang salah tentang jangkitan COVID 19 dan Diabetes.

Berdasarkan penyelidikan saintifik semasa tiada bukti yang menunjukkan bahawa penghidap Diabetes Jenis 1 berisiko lebih tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 dan harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang dinasihatkan oleh pasukan perubatan dan kerajaan tempatan anda. Ini termasuklah mengikuti perkembangan terkini mengenai vaksinasi dan memakai topeng muka apabila diperlukan.

Pankreas menghasilkan hormon yang dipanggil insulin. Ia membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel badan dan memberikan tubuh kita tenaga yang diperlukan untuk hidup.

Jangkitan virus ini boleh menyukarkan kawalan paras glukosa darah dan oleh itu menyebabkan risiko Diabetic Ketoacidosis (DKA).

Sekiranya anda mengalami simptom berikut, sila hubungi doktor anda:

  • muntah

  • cirit-birit selama > 6 jam

  • sesak nafas

  • demam yang tidak kebah selepas beberapa hari

  • mengalami hipoglisemia

2. Apa yang perlu dilakukan jika anda menghidap Diabetes dan mendapat jangkitan COVID 19?

  • Pantau glukosa darah anda lebih kerap daripada biasa. Sekerap setiap 4 jam. Ini kerana kesan jangkitan COVID 19 dan Diabetes menjejaskan tubuh anda pada masa yang sama. Jadi anda perlu lebih berhati-hati dengan paras glukosa darah anda.

  • Berhati-hati dengan sebarang tanda bahawa Diabetic Ketoacidosis (DKA) sedang berlaku.

  • Jika anda mengalami gejala muntah, hubungi doktor anda, dan pergi ke hospital secepat mungkin.

  • Jangan hentikan pengambilan insulin!

  • Kekal terhidrat.

Berhati-hati dengan ubat yang anda ambil untuk merawat gejala COVID-19 kerana ia mungkin boleh menjejaskan paras glukosa darah anda:

  • Selain insulin, banyak ubat yang anda boleh dapatkan di farmasi (Over the counter - OTC) juga mempengaruhi paras glukosa darah.

  • Berhati-hati – Banyak sirap batuk di pasaran mengandungi gula, ini akan meningkatkan paras glukosa darah. Pilih sirap batuk tanpa gula atau pil oral sebagai alternatif.

  • Ubat yang membantu meredakan hidung tersumbat juga meningkatkan paras glukosa darah

  • Berhati-hati dengan kesan ubat seperti Aspirin (ubat penahan sakit) dalam dos yang besar. ini kerana ia boleh menurunkan paras glukosa darah. Ibuprofen (anti-radang) juga harus diambil dengan berhati-hati kerana ia meningkatkan kesan hipoglisemik insulin.

Baca lebih lanjut di sini tentang apa yang perlu dilakukan apabila jatuh sakit sebagai penghidap Diabetes Jenis 1.

3. Bilakah anda perlu pergi ke hospital jika anda dijangkiti COVID dan merupakan penghidap Diabetes?

Jika anda berasa sangat tidak sihat kesan jangkitan COVID 19:

  • Bagi mereka yang dijangkiti COVID-19, doktor menggesa untuk mendapatkan bantuan jika mengalami masalah untuk bernafas, sakit atau tekanan berterusan di dada, kekeliruan atau ketidakupayaan untuk sedar atau mempunyai gejala bibir atau muka kebiruan.

  • Sentiasa berwaspada agar paras glukosa darah anda kekal dalam julat normal. Ini kerana peningkatan paras glukosa darah boleh menyebabkan kesan lebih buruk bagi mereka yang dijangkiti COVID-19.

  • Jika anda perlu dibawa ke unit kecemasan, adalah penting untuk anda memaklumkan bahawa anda menghidap Diabetes Jenis 1.

Jika anda rasa anda menghidap Diabetic Ketoacidosis (DKA):

  • Jika anda bimbang bahawa anda mungkin menunjukkan tanda-tanda Diabetic Ketoacidosis (DKA), jangan tunggu dan dapatkan bantuan dengan segera.

  • Gejala Diabetic Ketoacidosis (DKA) termasuk; berasa sangat dahaga dan kerap membuang air kecil, rasa tidak sihat, sakit perut, nafas berbau buah, nafas laju, rasa mengantuk atau keliru dan tidak sedarkan diri.

  • Jika tidak dirawat, Diabetic Ketoacidosis (DKA) boleh mengakibatkan kematian.

ikon Penafian: