
Maklumat T1D
Profesional Penjagaan Kesihatan
Tentang kita
Sukan, aktiviti dan senaman untuk Kencing Manis Jenis 1
Disunting: 19.03.2025
Senaman aktiviti yang bermanfaat dan penting untuk kesihatan dan kesejahteraan emosi setiap orang. Senaman untuk Kencing Manis Jenis 1, adalah lebih penting kerana ia membantu meningkatkan kawalan glukosa darah penghidapnya.
Satu salah tanggapan yang biasa ialah senaman tidak boleh dilakukan oleh penghidap Diabetes Jenis 1. Tetapi pada hakikatnya, menghidap Diabetes Jenis 1 TIDAK mengehadkan keupayaan anda untuk melakukan senaman di luar rumah dan menyertai aktiviti sukan. Ia boleh membantu anda mencari kawan baharu, minat baharu dan meneroka tempat baharu.
Dengan persediaan yang baik dan mengetahui perkara yang perlu diwaspadai, anda boleh melakukan sukan dan aktiviti luar yang anda gemari serta mendapat manfaat senaman terhadap Kencing Manis Jenis 1 yang anda hidapi!
Beritahu jurulatih atau rakan anda bahawa anda menghidap Diabetes Jenis 1. Pastikan mereka tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya anda diserang hipoglisemia (glukosa darah rendah) atau hiperglisemia (glukosa darah tinggi)(Hyper).
Anda juga boleh berkongsi tentang HelloType1 untuk mendidik mereka!
Uji paras glukosa darah anda sebelum melakukan aktiviti dan lebih kerap sepanjang aktiviti.
Ambil snek jika perlu.
Bawa makanan ringan dan minuman tambahan termasuk elektrolit (bar granola, minuman tenaga atau air kelapa)
Pastikan anda membawa Kit Hypo dan peti pertolongan cemas. Pakai stokin yang diperbuat daripada kapas dan kasut sukan yang sesuai dan selesa.
Perkara lain yang perlu dipertimbangkan tentang senaman untuk Kencing Manis Jenis 1 adalah tempoh aktiviti fizikal. Aktiviti yang dilakukan dalam tempoh yang panjang mungkin memerlukan karbohidrat tambahan dan/atau pengurangan dos insulin. Bincangkan perkara ini dengan doktor atau jururawat anda.
Simpan insulin pada suhu yang betul. Baca lebih lanjut di sini
Jika cuaca panas; pakai pelindung matahari atau topi jika perlu. Anda juga disarankan untuk memakai pakaian yang melindungi dan longgar.
Jika cuaca sejuk; pakai beberapa lapis pakaian dan pastikan anda kekal hangat.
Berhati-hati dengan gejala Hypoglisemia dan Hyperglisemia - terutamanya semasa senaman atau beraktiviti dalam tempoh yang panjang.
Baca lebih lanjut di sini tentang cara menguruskan hipoglisemia dan hiperglisemia.
Ini apa yang anda perlu ingat tentang senaman untuk Kencing Manis Jenis 1. Selepas melakukan aktiviti, buat ujian untuk melihat bagaimana ia telah mempengaruhi paras glukosa darah anda dan laraskan insulin jika perlu.
Periksa kaki anda untuk mengesan kudis, lepuh, kerengsaan, luka atau kecederaan lain selepas melakukan aktiviti fizikal.
Pastikan kaki anda bersih selepas bersenam (cuci kaki, pastikan bersih dan kering, sapukan sedikit losyen jika perlu untuk mengelakkan kecederaan)
Jika kaki anda sakit; tinggikan atau rendam dalam air suam.
Hubungi doktor anda jika kecederaan tidak beransur sembuh selepas 2 hari.
Gejalan hipoglisemia boleh berlaku lebih lewat, ini menyebabkan penurunan paras glukosa darah anda dalam 6 hingga 15 jam selepas bersenam.
Jika paras glukosa darah anda terus menurun selepas bersenam, anda mungkin perlu mengurangkan dos insulin anda sebelum dan selepas bersenam. Tanya doktor atau jururawat anda untuk mendapatkan nasihat yang tepat.
Jenis, intensiti dan tempoh senaman (lihat jadual di bawah)
Jumlah insulin yang tinggal dalam badan anda (Masa sejak suntikan insulin terakhir)
Masa dan komposisi hidangan terakhir
Glukosa darah sebelum senaman (secara amnya sasarkan pada julat 7 - 10 mmol/L atau 126 –180 mg/dL)1
Tahap kecergasan anda
Selain itu, apa anda perlu tahu tentang senaman untuk Diabetes Jenis 1 adalah, setiap orang bertindak balas secara berbeza terhadap senaman dan insulin, jadi kenali badan anda!
Mengalami paras glukosa darah yang turun naik semasa dan selepas bersenam adalah perkara biasa.
Berlatih, uji dan rekod. Ketahui prestasi badan anda semasa dan selepas melakukan sukan dan aktiviti luar. Ini adalah perkara penting yang perlu dipertimbangkan tentang senaman untuk Kenicng Manis Jenis 1.
Lakukan semakan dan perbincangan secara berkala dengan doktor atau jururawat anda.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini anda akan belajar dan dapat menstabilkan glukosa darah anda serta menikmati keseronokan dan faedah senaman.